Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dewan MRSM Kuantan Terbakar
Satu kebakaran dilaporkan berlaku dipercayai melibatkan dewan besar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan pada hari ini.
Menurut perkongsian @imhskye di Threads, kejadian tersebut disedari apabila asap tebal dilihat keluar dari bangunan berkenaan sebelum pihak keselamatan mengambil tindakan awal mengawal keadaan.

Sementara itu perkongsian oleh pengguna Facebook, @Yodi Husin juga memuat naik rakaman kejadian berkenaan.


“Di dewan inilah suatu ketika dahulu kami sebagai anak-anak MRSM Kuantan berkumpul, menduduki peperiksaan dan menerima keputusan SPM.
"Kini, melihat ia diuji dengan musibah, hati terasa pilu. Semoga tiada kemalangan jiwa berlaku dan segala urusan dipermudahkan, khususnya buat pihak pentadbiran serta para pelajar MRSM Kuantan.” katanya melalui hantaran tersebut.
Setakat ini, tiada laporan berhubung jumlah kerugian, kerosakan dan kemalangan jiwa dimaklumkan.