Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Data Peribadi, Simpanan Pelanggan Kekal Selamat & Tak Terjejas - Bank Rakyat

Data Peribadi
Kredit: Bernama

Bank Rakyat memberi jaminan bahawa data peribadi, maklumat perbankan serta simpanan pelanggan kekal selamat dan tidak terjejas susulan gangguan akses laman web korporatnya pada Jumaat.

Iklan

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Bank Rakyat juga berkata sistem serta operasi perbankannya terus beroperasi seperti biasa.

“Bank Rakyat menegaskan bahawa gangguan akses yang sedang berlaku hanya menjejaskan laman web korporat dan berpunca daripada isu teknikal pada sistem penyedia perkhidmatan pihak ketiga,” katanya.

Menurut Bank Rakyat, sementara pemulihan akses laman web korporat sedang dilaksanakan, pelanggan boleh terus menjalankan urusan perbankan seperti biasa melalui saluran alternatif laman web iRakyat, aplikasi mudah ali iRakyat, BRICK, QR2E dan i-bizRAKYAT.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran anda. Sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Keselamatan dan kepentingan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan Bank Rakyat,” katanya.

Intipati
  • Bank Rakyat menjamin data peribadi, maklumat perbankan dan simpanan pelanggan tidak terjejas.
  • Gangguan akses hanya menjejaskan laman web korporat akibat isu teknikal penyedia pihak ketiga.
  • Pelanggan boleh menggunakan iRakyat, aplikasi iRakyat, BRICK, QR2E dan i-bizRAKYAT seperti biasa.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan