Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelanggan BSN Mungkin Sukar Keluarkan Wang Di ATM Bank Lain, Ini Penjelasan BSN

Pelanggan BSN
Kredit: Bernama

Pemilik kad ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) yang ingin mengeluarkan wang disarankan supaya menggunakan ATM BSN buat sementara waktu.

Iklan

Hal ini susulan jumlah transaksi ATM yang tinggi, menyebabkan pelanggan berkemungkinan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan wang di ATM bank lain menerusi rangkaian MEPS.

Perkara itu dimaklumkan BSN menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

“BSN menyarankan agar anda menggunakan kad ATM BSN di ATM BSN buat sementara waktu.

“Untuk maklumat lanjut atau bantuan, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di 03-2613 1900 atau e-mel ke [email protected],” katanya.

BSN turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami serta menghargai kesabaran semua pelanggannya.

Intipati
  • BSN menyarankan pelanggan menggunakan ATM BSN buat sementara waktu untuk pengeluaran wang.
  • Jumlah transaksi ATM yang tinggi mungkin menyebabkan kesukaran di ATM bank lain melalui MEPS.
  • Pelanggan boleh menghubungi pusat perhubungan BSN atau menghantar e-mel untuk bantuan lanjut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan