Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Darah Melimpah Keluar”, Lidah ‘Terbelah’ Gara-Gara Tersembam Pijak Selimut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ibu mana yang tidak sayangkan anak, pengorbanan mereka bukan sahaja dalam mendidik namun juga dalam menjaga keselamatan dan kesihatan kita.

Setiap ibu pasti akan sedaya upaya untuk melindungi anak-anaknya walau sebesar manapun halangan yang mendatang. Pun begitu, terkadang ada perkara yang tidak mampu dielakkan dan terjadi kerana ia sebahagian daripada ujian untuk kita.

Seperti seorang ibu yang berkongsi mengenai ujian yang menimpa dirinya apabila lidah anak perempuannya. Menurut Nedy Zhara, anak perempuannya itu terpijak selimut yang dipegang dan tersembam serta tergigit lidah.

Darah melimpah keluar, lidah koyak teruk

Kejadian yang menimpa zara.. 5/1/2020.. Tengah hari masa tu.. Ummi tengah menyusukan medina dalam bilik.. Then dengar bunyi dentum yang kuat.. Then zara panggil.. “ummi.. Sakit..” Tapi tak menangis..ummi keluar.. Nampak dia pegang mulut dia.. Ummi suruh bukak mulut..ALLAHUAKBAR darah melimpah keluar.. Lidah koyak teruk.. Tapi dia sikit tak nangis.. Ummi yang melalak macam apa.. Subhanallah..

Tengok la lidah dia.. Allahuakbar.. Masa dia jatuh.. Ummi tak nampak.. Tapi ummi boleh agak dia terpijak selimut yang dia pegang then tersembam dan tergigit lidah dia.. Peritnya kan..

Ni masa dekat ward.. Abi yang kena jaga.. Sebab ummi ada baby.. So tak boleh nak jaga.. And lagi satu.. Zara memang sangat rapat dengan abi.. Apa-apa pon nak abi je.. So senang la sikit.. Zara pon tenang je..

Masa ni 6/1/2020..keesokan harinya..ummi hantar abang sekolah.. Terus ke hospital.. Tengok dia gini.. Sebak.. Hati mak-mak kan.. Cepat luluh..

Setitik air mata pun takde

Siapkan zara nak pergi bilik pembedahan.. Start dari ni.. Dia peluk je ummi.. Macam tau je nak pergi mana.. Haih la zara. Setitik air mata pon takde.. Hebat awak zara..

Tunggu sampai zara ditidurkan dengan ubat bius

Masa ni sangat sebak.. Doctor mintak ummi teman zara sampai masuk dalam bilik pembedahan.. Tunggu sampai zara di tidokan dengan ubat bius.. Sebab taknak bagi zara takut.. Lps zara dah tido.. Doctor suruh ummi cium zara.. Masa ni memang banjir habis dalam tu.. Sebak yang amat.. Sepanjang tunggu tu.. Selimut ni la yang ummi cium je..

Alhamdulillah 2 jam dalam bilik pembedahan.. Selamat dah.. Kena tunggu zara sedar.. Baru boleh naik wad.. Ummi kejut kan zara..zara bukak mata.. Tapi masih mamai.. Benda pertama yang keluar dari mulut zara.. “nak selimut”.. Zara zara.. Sabar je la..

Susu pun kena pakai straw

Alhamdulillah zara dah buang air kecil dan besar.. Then boleh discharge.. Makan semua pon ok masa ni.. Tak rasa sakit.. Tapi makan sakit sikit.. Kena slow2.. Susu pon kena minum pakai straw.. tak boleh pakai botol.. Sakit kena puting botol tu..

Masa ni dah otw balik rumah.. Happy sangat muka dia.. Dari mula kena.. Sampai sekarang.. Setitik airmata pon takde.. Bagi makan ubat pon senang je dia makan.. Siap mintak lagi ubat syrup pcm yang merah tu.. Aduhaii anak.. Cepat sihat ye zara.. Ummi tau awak memang anak yang kuat

Sumber: