Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

CUCKOO Lantik Lee Junho Sebagai Duta Jenama Global

LEE

CUCKOO Lantik Lee Junho Sebagai Duta Jenama Global

CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia” atau “Syarikat”, KLSE:5336), peneraju Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), hari ini mengumumkan pelantikan bintang antarabangsa, Lee Junho, sebagai Duta Jenama Global CUCKOO. Pencapaian ini menandakan evolusi strategik hubungan yang bermula di Korea pada Jun 2022, sekali gus mencerminkan komitmen lebih luas dalam memperjuangkan kesejahteraan hidup di peringkat antarabangsa. 

Melalui peranan global yang diperluaskan ini, Lee Junho akan mewakili jenama CUCKOO di Malaysia, Singapura, Brunei, Amerika Syarikat, serta negara-negara Asia yang lain.

Beliau akan menggalas tanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran terhadap ekosistem kesejahteraan holistik CUCKOO yang merangkumi pelbagai penyelesaian kediaman seperti penapis air, penapis udara, periuk nasi serbaguna, mesin basuh pinggan, dan banyak lagi. 

Di Malaysia, Lee Junho akan bergabung tenaga dengan duta jenama CUCKOO yang sedia ada, iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong. Gabungan trio ikonik ini menyatukan pengaruh global dengan resonansi tempatan yang mendalam demi menginspirasikan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier. 

“Kecemerlangan sejati lahir daripada kesabaran dan pegangan visi yang sama, sebuah kepercayaan yang telah menyaksikan hubungan CUCKOO dengan Lee Junho matang daripada kerjasama di Korea pada 2022 menjadi sebuah pakatan global yang teguh hari ini. Sejak beberapa tahun yang lepas, kami telah menyaksikan sendiri kecekalan dan dedikasi luar biasa Lee Junho terhadap gaya hidup yang berdisiplin dan bertenaga tinggi."

"Ini meyakinkan kami bahawa beliau bukan sekadar seorang wakil jenama, malah merupakan penzahiran sebenar falsafah ‘Beyond Standards’ kami. Kami amat teruja meraikan pelantikan beliau dan mengalu-alukan kehadirannya di Malaysia untuk bersama-sama Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Phei Yong dalam memperkasakan usaha kami untuk menginspirasikan gaya hidup yang lebih sihat dan bahagia buat seluruh rakyat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Pemasaran CUCKOO Malaysia, Queenie Goh.

Dari Korea ke persada dunia: Jalinan kerjasama Lee Junho (Lee Junho) kini dijulang sebagai Duta Jenama Global CUCKOO demi memberi inspirasi kehidupan yang lebih sihat dan bahagia buat semua.

Pelantikan ini hadir pada detik paling gemilang dalam kerjaya Lee Junho. Susulan kejayaan global drama King the Land (2023), beliau terus memukau penonton menerusi watak utama dalam siri Netflix 2025, Cashero, serta drama tvN yang meraih kirtikan positif, Typhoon Family.

Siri Cashero khususnya telah meneruskan dominasi global beliau apabila berjaya menduduki tangga pertama dalam kategori TV Global Top 10 Netflix (Bukan Inggeris). Sebagai pemenang empat kali anugerah ‘Daesang’, Lee Junho terus mengukuhkan statusnya sebagai pelakon ternama menerusi pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik bagi drama Typhoon Family di Anugerah Seni Baeksang yang bakal berlangsung pada 8 Mei ini.

Rakyat Malaysia bakal melihat kehadiran Lee Junho di seluruh negara melalui pelancaran papan iklan serta kandungan digital eksklusif di laman media sosial rasmi CUCKOO Malaysia.

Pengumuman ini juga menandakan bermulanya rangkaian inisiatif jenama dan aktiviti interaktif bagi menghubungkan CUCKOO dengan pelanggan dan peminat secara lebih dekat.