Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Covid-19: 71 Lokasi Pasar Awam Di Pulau Pinang Dikenal Pasti Untuk Operasi Disinfeksi – Bomba

GEORGE TOWN, 2 April – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang telah mengenal pasti 71 lagi lokasi terutama pasar awam di negeri ini bagi operasi disinfeksi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak COVID-19 daripada terus menular.

Iklan

Pengarahnya, Saadon Moktar berkata operasi disinfeksi sejak Isnin hingga hari ini dibuat di empat lokasi pasar awam di bahagian pulau dan Seberang Perai manakala 34 lokasi lagi di bahagian pulau dan 37 di bahagian Seberang Perai sehingga 14 April ini.

“Kami sedang berbincang dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk meneruskan operasi itu dan hanya tunggu kelulusan mereka,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau turut menafikan mesej tular kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membenarkan operasi disinfeksi dijalankan.

Katanya operasi itu dilaksanakan sejak awal lagi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam skala kecil.

Sumber: Bernama