Individu kedua disahkan meninggal dunia akibat pneumonia di Wuhan, tengah China. Perkara tersebut disahkan oleh pihak berkuasa China pada hari Khamis.
Iklan
Seorang lelaki berusi 69 tahun dimasukkan ke Hospital Wuhan Jinyintan di wilayah Hubei selepas mengalami kesihatan yang teruk dengan kegagalan organ.
Pihak berkuasa China melaporkan 41 kes pneumonia telah dilaporkan di Wuhan yang berpunca daripada coronavirus.
Tanda-tanda dan gejala-gejala klinikal yang dilaporkan adalah demam, dengan beberapa kes mengalami kesukaran bernafas, dan radiografi dada menunjukkan infiltrat inflamasi invasif dalam kedua-dua paru-paru.
Sumber: BBC , telesurenglish