Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

China Akan Benarkan Setiap Pasangan Miliki Tiga Anak

MOSCOW, 31 Mei – China akan membenarkan pasangan untuk memiliki tiga anak sebagai sebahagian usaha menangani krisis penduduknya yang semakin tua, lapor Sputnik, memetik Agensi Berita Xinhua pada Isnin.

Rancangan baharu itu diperkenalkan dalam mesyuarat Politburo, sebuah badan pembuat keputusan utama Parti Komunis China.

Menurut bancian terkini, 18.7 peratus penduduk di China berusia lebih 60 tahun pada akhir 2020.

China melonggarkan dasar seorang anak pada 2015 dengan membenarkan pasangan mempunyai dua anak.

— BERNAMA