Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Chery Perluaskan Rangkaian Runcit Di Pavilion Bukit Jalil

Syamimi
PAVILION

Chery Perluaskan Rangkaian Runcit Di Pavilion Bukit Jalil

Chery Malaysia terus mengukuhkan kehadirannya di Lembah Klang dengan pembukaan pusat pameran butik terbarunya di Pavilion Bukit Jalil, sekali gus meningkatkan akses dan kemudahan kepada pelanggan yang mengunjungi pusat beli-belah tersebut.

Dikendalikan oleh rakan pengedar Apple Autotech Sdn. Bhd., pusat pameran butik baru ini merupakan konsep runcit butik ketujuh Chery, susulan enam pusat pameran seumpamanya yang kini beroperasi di seluruh negara.

Penambahan terbaharu ini juga menandakan pusat pameran butik Generasi 4 pertama di Lembah Klang, mencerminkan pendekatan runcit Chery yang semakin berkembang dengan fokus kepada kebolehcapaian, pengalaman dan penglibatan pelanggan.

Terletak secara strategik di Lot No. 3.102.00, Aras 3, Pavilion Bukit Jalil, pusat pameran seluas 837 kaki persegi ini direka untuk menawarkan pengalaman yang lancar dan mudah kepada pengunjung dalam meneroka rangkaian kenderaan terkini Chery dalam suasana santai berkonsepkan gaya hidup.

Pusat pameran butik ini dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam, termasuk cuti umum, selaras dengan waktu operasi pusat beli-belah bagi memaksimumkan akses kepada pelanggan.

Konsep pusat pameran butik ini membawa pengalaman pembelian kenderaan lebih dekat kepada pengguna dengan mengintegrasikannya dalam rutin harian. Pengunjung boleh melihat kenderaan Chery, berinteraksi dengan penasihat jualan, malah mengatur sesi pandu uji, semuanya dalam keselesaan ketika berada di pusat beli-belah.

Dengan kehadiran pusat pameran ‘stand-alone’ di Pavilion Bukit Jalil, Chery kini menawarkan fleksibiliti lebih besar kepada pelanggan untuk melihat kenderaan setiap hari, sama seperti pengalaman runcit lain, tanpa perlu mengunjungi pusat jualan tradisional.

“Pelanggan hari ini menghargai kemudahan dan fleksibiliti, dan kami ingin mendekati mereka di tempat yang mereka sudah biasa kunjungi sama ada membeli barangan keperluan, menikmati hidangan atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan."

"Konsep ini membolehkan kami membawa pengalaman Chery lebih dekat kepada pelanggan, menjadikan penerokaan kenderaan lebih intuitif, menarik dan sebahagian daripada kehidupan harian,” kata Lee Wen Hsiang, Naib Presiden Chery Malaysia.

Bermula hujung minggu ini (23 Mei), pengunjung juga berpeluang melihat model Chery TIGGO 9 yang bakal dilancarkan, yang akan dipamerkan di outlet ini.

Promosi Eksklusif Model Terpilih Chery Bulan Ini

Bulan ini, pelanggan boleh menikmati promosi eksklusif masa terhad untuk model TIGGO Cross, Chery O5 dan TIGGO 7 PHEV, menjadikannya masa terbaik untuk memiliki kenderaan dengan nilai luar biasa bersama teknologi terkini, prestasi dan gaya, dengan penjimatan sehingga RM8,888.

Pelanggan juga akan menerima jaminan bateri lanjutan untuk semua model PHEV, memberikan ketenangan fikiran serta mengukuhkan komitmen Chery terhadap kebolehpercayaan jangka panjang dan keyakinan pemilikan, dengan jaminan bateri sehingga 10 tahun atau 200,000 km.

Perlindungan komprehensif ini merangkumi pek bateri, motor kuasa dan unit kawalan kenderaan, memberikan lapisan jaminan tambahan kepada pelanggan untuk jangka panjang.

Kunjungi pusat pameran Chery terdekat untuk maklumat lanjut dan sesi pandu uji mana-mana model Chery.

Untuk senarai terkini pengedar jualan Chery di Malaysia, sila layari https://www.chery.my/dealer-locator

Maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan Chery, layari laman https://www.chery.my/