Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Daripada penginapan bertemakan anime sehingga ke konvensyen antarabangsa, peminat kini semakin tertarik kepada perkara yang dikenali sebagai “perjalanan anime” atau seichi junrei. Trend ini telah mendorong peningkatan permintaan terhadap pelancongan dan perjalanan ke destinasi yang berkaitan anime, di seluruh Asia. Malaysia juga tidak terkecuali daripada fenomena budaya global ini, dengan semakin ramai peminat menunjukkan minat untuk melakukan perjalanan ke luar negara demi menikmati pengalaman yang imersif.
Data terkini daripada Trip.com menunjukkan peningkatan dalam permintaan terhadap pengalaman perjalanan bertemakan anime dan komik, dengan lonjakan 121 peratus tahun ke tahun dalam carian berkaitan pengalaman perjalanan bertemakan anime dan komik oleh rakyat Malaysia.

Perkembangan ini jelas dapat dilihat melalui peningkatan tempahan daripada peminat Malaysia yang menghadiri beberapa acara terbesar di rantau ini. Berdasarkan data jualan tiket Trip.com, Malaysia tersenarai dalam 10 pasaran teratas yang menyumbang kepada jualan tiket bagi AnimeJapan 2026 dan edisi pertama Comic Con di Hong Kong.
Di peringkat global, jualan tiket antarabangsa Trip.com mencatat lonjakan sebanyak 697 peratus tahun ke tahun sebagai rakan eksklusif penjualan tiket luar negara bagi AnimeJapan 2026. Sebagai salah satu acara anime terbesar di dunia, festival ini menarik pengunjung yang termasuk dari 82 negara dan wilayah. Festival ini turut mendapat sambutan tinggi dalam kalangan Generasi Z dan Milenial, dengan lebih separuh pembeli tiket berumur antara 25 hingga 34 tahun, manakala lebih separuh lagi terdiri daripada golongan lelaki.
Sementara itu, Hong Kong Comic Con 2026 turut meraih perhatian peminat antarabangsa dari Tanah Besar China dan Asia Tenggara. Berdasarkan data jualan tiket Trip.com, lebih lapan daripada 10 pembeli tiket terdiri daripada Generasi Z dan Milenial, sekali gus membuktikan populariti budaya anime dalam kalangan kumpulan usia ini. Menariknya, peminat wanita mempelopori bilangan jualan tiket iaitu melebihi 80 peratus daripada jumlah jualan tiket dan mencerminkan peningkatan daya tarikan genre ini dalam kalangan golongan tersebut.
Bukan sekadar trend sementara, pelbagai laporan menunjukkan bahawa permintaan terhadap kandungan berkaitan anime dan komik terus berkembang dengan pesat, terutamanya di Asia Tenggara yang mempunyai ramai pengguna muda serta celik digital.
Di Malaysia, acara anime tempatan juga terus mencatat kejayaan dan semakin mendapat perhatian. Acara Anime Fest+ 2026 yang berlangsung baru-baru ini menampilkan gabungan persembahan antarabangsa dan tempatan, termasuk kehadiran pemain cosplay popular dari China, VTuber dari Indonesia, penggiat industri dari Jepun dan ramai lagi.
Diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, data Trip.com mendapati bahawa tempahan hotel dalam radius tiga kilometer dari lokasi acara meningkat sebanyak 36 peratus tahun ke tahun sepanjang tempoh festival tersebut. Tempahan antarabangsa pula kebanyakannya dibuat oleh pengunjung dari China, Singapura, Hong Kong dan Indonesia, manakala Malaysia turut tersenarai dalam lima pasaran teratas bagi tempahan penginapan. Perkembangan ini jelas menunjukkan bahawa peminat tempatan dan antarabangsa bersedia melakukan perjalanan untuk menghadiri konvensyen seumpama ini.

Pengaruh budaya anime kini membentuk perancangan perjalanan ke sesuatu destinasi dan tidak lagi terhad kepada kehadiran ke acara semata-mata. Pada masa kini, peminat dan pelancong juga mencari pengalaman budaya yang lebih bermakna dan imersif yang merangkumi aspek penginapan hingga kepada aktiviti yang dirancang sepanjang perjalanan.
Sebagai contoh, bilik glamping (perkhemahan mewah) bertema yang baru diperkenalkan di The Farm, tempat percutian berkonsepkan gaya Jepun, menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung untuk menyelami dunia fantasi Frieren iaitu siri anime dan manga yang popular. Seluruh kawasan perkhemahan ini dilengkapi dengan ruang bergambar dan monumen yang menghidupkan semula babak ikonik daripada siri tersebut.
Universal Studios Japan, antara tarikan paling popular yang menerima tempahan tertinggi di Asia tahun ini melalui Trip.com, turut memperluaskan tawaran pengalaman animenya kepada pengunjung melalui jalinan kerjasama bersama lima francais blockbuster baru-baru ini.
Inisiatif ini termasuk pengalaman penceritaan interaktif yang baharu dan imersif yang membawa pengunjung menelusuri dunia Frieren: Beyond Journey's End, serta tiga tarikan baharu yang mendebarkan diinspirasikan oleh Detective Conan. Dalam masa yang sama, Trip.com turut menawarkan pelbagai pakej lawatan khas yang direka untuk membawa peminat meneroka lokasi terkenal anime dan manga secara lebih mendalam, termasuk lawatan ke lokasi Slam Dunk serta lawatan sehari ke bandar Kamakura.
Meskipun hiburan terus menjadi antara faktor utama yang mempengaruhi identiti dan motivasi perjalanan seseorang, budaya anime kini telah berkembang menjadi satu gerakan global yang melangkaui konsep pelancongan ke lokasi penggambaran. Budaya ini kini membentuk sebuah komuniti peminat yang merentasi sempadan negara.
Nota:
1 Berdasarkan data carian Trip.com pada tahun 2026 berbanding 2025.
2 Berdasarkan data jualan tiket antarabangsa Trip.com.
3 Berdasarkan data Trip.com Group bagi tempahan hotel dalam radius 3 kilometer dari lokasi acara sepanjang tempoh festival.