Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

CAAM Sahkan Insiden Libatkan Sebuah Helikopter Di Lapangan Terbang Subang

Helikopter Di Lapangan Terbang Subang
Kredit: drianakhalid

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan berlaku satu insiden melibatkan sebuah helikopter di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini.

Menurut CAAM menerusi kenyataan ringkas di laman X, landasan lapangan terbang berkenaan kini ditutup.

"Maklumat lanjut akan dikongsikan dalam masa terdekat," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial perkongsian orang ramai yang menyaksikan kepulan asap menyelubungi sebuah helikopter di landasan lapangan terbang itu.

Artikel lanjut akan menyusul

Intipati
  • CAAM mengesahkan insiden melibatkan sebuah helikopter di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.
  • Landasan lapangan terbang di Subang itu kini ditutup susulan insiden berkenaan.
  • CAAM memaklumkan maklumat lanjut mengenai insiden itu akan dikongsikan dalam masa terdekat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan