Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Bukan RM250,000 Tetapi RM250 Juta" - Kerajaan Lulus RM250 Juta Bagi Projek Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral

kerajaan
Kredit: Bernama

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kerajaan Madani meluluskan RM250 juta bagi projek menaik taraf terminal bas Kota Bharu Sental.

Jelas beliau, surat kelulusan projek terminal bas itu sudah dihantar kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

“Baru-baru ini menteri besar sekolah okey sekolah agama pun ada tetapi terminal bas yang tidak dibaiki lagi. Jadi saya telah lulus... baru hantar surat kepada datuk MB (untuk) Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral.

“Terminal bas bukan RM250,000 tetapi RM250 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan di sini pada semalam.

Dalam perkembangan lain. Anwar turut memberitahu kerajaan turut menyediakan geran tambahan kira-kira RM200 juta bagi memperkasakan keupayaan usahawan kecil, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

Anwar yang juga merangkap Menteri Kewangan memaklumkan, sekiranya disalurkan mengikut keperluan sebenar perniagaan masing-masing bantuan berskala kecil mampu memberi pulangan bermakna kepada peniaga.

Beliau turut merujuk kepada peniaga yang hanya memerlukan modal antara RM1,800 hingga RM5,000 untuk mendapatkan kelengkapan asas seperti peti sejuk yang dapat membantu menyelamatkan stok jualan.


Intipati
  • Kerajaan meluluskan RM250 juta bagi projek Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral.
  • Surat kelulusan projek itu sudah dihantar kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
  • Anwar turut mengumumkan geran tambahan kira-kira RM200 juta untuk memperkasa usahawan kecil.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan