Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Budak Dilapor Diikat Leher Dan Ditarik Kerana Ditangkap Mencuri, Dipercayai Nak Beli Makanan Untuk Ayah Sakit

Gambar: Aceh Tribun News

Hanya kerana dituduh mencuri duit tabung masjid, seorang kanak-kanak lelaki diikat lehernya sebelum ditarik seperti haiwan peliharaan, lapor Detik News.

Dalam kejadian di Aceh Utara itu, kanak-kanak berkenaan telah ditangkap para penduduk kerana dipercayai mencuri sejumlah wang dari tabung masjid.

Dia kemudiannya diikat pada tangan dan leher oleh seorang lelaki sebelum ditarik sambil disaksikan para penduduk kampung lain termasuk kanak-kanak, tulis portal itu.

Bagaimanapun, beberapa individu dikatakan meminta lelaki berkenaan melepaskan tali pada leher kanak-kanak tersebut.

Menurut jurucakap polis tempatan, Ahmad Yani, hasil siasatan mendapati kanak-kanak berkenaan mengambil wang bernilai 1.5 juta rupiah (sekitar RM434.35) itu bagi membeli makanan buat ayahnya yang sedang sakit.

“Ayahnya sakit dan dirawat di rumah. Pelaku nak membeli makanan untuk dirinya dan ayahnya. Bakinya telah diberikan kepada bapa saudaranya yang kemudiannya menggenapkan wang tersebut dan memulangkannya kembali,” ujar Ahmad Yani.

Tambahnya, kes tersebut telah diselesaikan antara pihak keluarga dan pengurus masjid secara dalaman pada hari yang sama.

Sementara itu, lelaki yang mengikat leher kanak-kanak berkenaan juga dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

Sumber: Detik News, Kompas, Aceh Tribun News