Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Boost Bank & Great Eastern Lancarkan Pelan Perlindungan Dan Protect Jar Baharu

BOOST

Boost Bank & Great Eastern Lancarkan Pelan Perlindungan Dan Protect Jar Baharu

Boost Bank, bank digital tempatan pertama di Malaysia, bersama Great Eastern General Insurance (Malaysia) menjalinkan kerjasama untuk memperkenalkan rangkaian pelan perlindungan harian buat rakyat Malaysia.

Inisiatif ini menggabungkan perlindungan asas yang penting dengan ciri simpanan menerusi Protect Jar yang baharu diperkenalkan.

Perlindungan Mampu Milik Serendah RM15

Sama ada untuk perjalanan, aktiviti harian atau ulang-alik ke tempat kerja, pelan-pelan ini menawarkan perlindungan asas terhadap kejadian tidak dijangka.

Pelanggan boleh memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan dan gaya hidup masing-masing.

  • TravelProtect – Bermula dari RM15 dengan perlindungan perjalanan sehingga RM250,000

  • CoreProtect PA – Bermula dari RM25 setahun, menyediakan perlindungan kemalangan diri termasuk manfaat kematian akibat kemalangan dan hilang upaya kekal sehingga RM50,000

  • CommuteProtect – Bermula dari RM25 setahun dengan perlindungan kemalangan diri sehingga RM25,000 ketika dalam perjalanan pergi dan pulang kerja

Pelanggan boleh melihat dan membeli pelan-pelan ini dengan mengakses tab ‘Protect’ dalam aplikasi Boost Bank.

Nikmati Faedah Harian 3.3% Setahun dengan Protect Jar

Pelanggan yang melanggan mana-mana pelan di atas boleh membuka Protect Jar yang tersedia di bawah tab ‘Special Jars’.

Protect Jar menawarkan kadar faedah kompaun harian sebanyak 3.3% setahun, membolehkan pelanggan meningkatkan simpanan mereka sambil menikmati perlindungan.

Selain itu, pelanggan yang membuat simpanan dalam Protect Jar turut layak menerima pelan perlindungan perjalanan percuma untuk tempoh terhad dikenali sebagai TravelProtect Lite PA.

Pelan ini melindungi kemalangan diri, kelewatan penerbangan dan lain-lain manfaat berkaitan. Pelanggan yang layak boleh memilih pelan tersebut di bawah tab ‘Rewards’ dalam aplikasi Boost Bank.

Tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://link.myboost.co/GreatEasternInsurance