Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (“BSH” atau “Syarikat”) hari ini secara rasmi memperkenalkan ADV160 serba baharu sempena Malaysia Bike Show 2026 yang berlangsung di MAEPS, Serdang.
Dua varian telah diperkenalkan iaitu ADV160 Honda RoadSync dan ADV160 ABS, sekali gus melengkapkan teknologi sambungan pintar dalam keluarga ADV Honda. Dengan pelancaran ini, X-ADV 750, ADV350 dan ADV160 kini hadir bersama Honda RoadSync, mengukuhkan lagi kedudukan Honda sebagai perintis dalam pasaran motosikal pengembaraan.
“Honda melihat potensi dan visi yang tidak dilihat oleh orang lain. Kami mencipta satu kategori yang sebelum ini tidak pernah wujud. Sebagai peneraju pasaran motosikal pengembaraan, kami sentiasa teliti dan peka terhadap maklum balas pelanggan bagi menambah baik produk kami dari semasa ke semasa,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Kunitomo Asano.
Sejak memperkenalkan model ADV yang pertama, Honda terus mendengar, mempelajari dan melakukan penambahbaikan. ADV160 baharu bagi kedua-dua varian hadir dengan enjin 157cc Enhanced Smart Power+ (eSP+) yang diperakui sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) serta menerima penarafan 5 bintang MyMAP. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.8kW pada 8,500 rpm dan tork 14.7 Nm pada 6,500 rpm.
Antara ciri standard utama termasuk:
• Honda Selectable Torque Control (HSTC) – membantu mengekalkan cengkaman di permukaan licin
• Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) – memberikan kawalan membrek yang lebih stabil dalam pelbagai keadaan
• Penghadang angin boleh laras – mudah dilaraskan dengan satu tangan untuk tunggangan lebuh raya atau off-road
• Sistem lampu LED – meningkatkan tahap penglihatan dengan penampilan moden dan lasak
• Sistem Honda Smart Key – dilengkapi fungsi penggera anti-kecurian dan answer-back
• Port pengecas USB Type-C – terletak secara praktikal di ruang konsol
• Ruang simpanan bawah tempat duduk 30 liter – cukup luas untuk topi keledar full-face dan barangan harian
• Suspensi belakang dengan SHOWA Subtank – memberikan tunggangan yang lebih lancar dan selesa
• Jarak perjalanan sehingga 350km – mampu bergerak dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dengan satu tangki penuh
Varian ADV160 Honda RoadSync didatangkan dengan meter TFT bersaiz 5 inci yang dilengkapi sistem sambungan Honda RoadSync. Melalui sambungan telefon pintar yang lancar, penunggang boleh mengakses navigasi, panggilan, muzik serta notifikasi mesej secara terus melalui paparan skrin.
ADV160 ABS menawarkan semangat pengembaraan, kepraktisan dan keyakinan tunggangan yang menjadi identiti siri ADV. Dilengkapi panel meter digital berfungsi serta rekaan lasak ikonik, varian ini sesuai untuk penunggang yang mahukan fleksibiliti dan kemudahan harian tanpa mengorbankan keselesaan atau prestasi.
ADV160 Honda RoadSync

Matte Gray & Brown
Harga Disyorkan: RM13,649.00
ADV160 ABS

Gray & White
Harga Disyorkan: RM13,249.00
Honda ADV160 baharu akan mula berada di semua Honda Impian X dan pengedar sah Honda di seluruh negara bermula 11 Jun 2026.
BSH turut menawarkan waranti pengilangan selama 2 tahun atau 20,000km (mana yang terdahulu) bagi memastikan pengalaman pemilikan yang lebih yakin dan bebas kerisauan.
Dengan pengenalan barisan ADV160 baharu ini, Boon Siew Honda terus mengukuhkan portfolio skuternya sambil mendefinisikan semula mobiliti pengembaraan moden yang menggabungkan teknologi terkini, gaya premium dan kepraktisan harian.
Saksikan ADV160 Baharu di Malaysia Bike Show 2026
ADV160 baharu telah diumumkan di reruai Honda sempena Malaysia Bike Show 2026, memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat model ini dengan lebih dekat serta mencuba sesi tunggang uji.
Selain itu, reruai Honda turut menawarkan:
• Barisan penuh skuter ADV : ADV160, ADV350 & ADV750
• Pameran dan sesi tunggang uji motosikal Honda* bagi kategori motosikal besar dan kecil
• Booth pendaftaran Honda X
• Sudut Safety Riding & Riding Trainer
• Permainan dan hadiah menarik
*Model Honda terpilih.
Untuk maklumat lanjut mengenai ADV160 dan reruai Honda di Malaysia Bike Show, sila layari boonsiewhonda.com.my atau hubungi kami di 1-800-88-3993 atau [email protected].