Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Cara Mudah Buat Jeruk Halia, Tak Perlu Beli Di Kedai

Aina Munirah
Jeruk Halia
Kredit: Cik Puan Teratai

Cara Mudah Buat Jeruk Halia, Tak Perlu Beli Di Kedai

Jeruk merupakan makanan yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia kerana rasanya yang unik, iaitu gabungan masam, manis, masin dan kadangkala pedas.

Jeruk biasanya dihasilkan daripada buah-buahan atau sayur-sayuran yang diawet menggunakan garam, gula dan cuka bagi menjadikannya tahan lebih lama.

Antara buah yang sering dijadikan jeruk ialah mangga, kedondong, betik, jambu, cermai dan pala.

Selain dijadikan snek, jeruk juga sering dimakan sebagai pencuci mulut atau pembuka selera kerana rasanya yang menyegarkan.

Proses pembuatan jeruk telah diamalkan sejak dahulu lagi sebagai cara untuk menyimpan makanan dalam tempoh yang lama.

Kaedah ini bukan sahaja membantu mengelakkan pembaziran makanan, malah mampu mengekalkan rasa buah dengan cara tersendiri.

Kini, jeruk hadir dalam pelbagai variasi moden dengan tambahan perisa seperti asam boi, cili dan madu. Kali ini, salah seorang pengguna Facebook, Cik Puan Teratai ada berkongsi resipi jeruk halia.

Menurutnya, cara untuk hasilkan jeruk ini sangat senang dan dijamin bersih serta halal. Bahannya juga mudah kerana ia boleh didapati di dapur rumah anda sahaja.

Bahan-bahan resipi jeruk halia

  • Halia

  • 2 sudu besar gula

  • 1/3 cuka epal

  • 1/3 cuka makan biasa

  • 1/3 air biasa

  • Balang

Cara penyediaan

Mula-mula, sediakan halia dan potong nipis-nipis mengikut saiz yang dikehendaki. Tujuannya adalah untuk memastikan proses penjerukannya lebih cepat.

"Saya pernah buat dulu potong tebal, ambik masa tiga bulan baru rasa pedas halia tu kurang," kongsinya.

Kemudian, cuci bersih halia tadi dan masukkan ke dalam bekas atau balang.

Pastikan anda mampatkan dahulu halia tadi ke dalam balang. Langkah seterusnya, masukkan gula, cuka epal, cuka makan dan air. Aduk rata sehingga semuanya sebati dan larut.

Kredit: Cik Puan Teratai

"Saya tambah air sebab cuka epal tu masam amat ya. Boleh juga 2/3 cuka dan 1/3 air," tambahnya.

Kemudian, tutup rapat dan peram sekurang-kurangnya sebulan. Kalau masih ada rasa pedas dari halia tadi, anda boleh sambung peramnya.

Selamat mencuba, semoga perkongsian ini bermanfaat!