Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Roket mega yang dibangunkan oleh Blue Origin, syarikat angkasa lepas milik pengasas Amzon, Jeff Bezos dilapor meletup ketika menjalani ujian di tapak pelancaran di Cape Canaveral, Florida pada Khamis.
Ketika kejadian, roket yang dikenali sebagai New Glenn itu sedang menjalani ujian bakar static (static fire) sebelum dijangka menyertai pelancaran keempat yang dijadual berlangsung dalam beberapa minggu lagi.
Insiden letupan tersebut pantas menjadi tular di media sosial memandangkan ujian berkenaan disiarkan secara langsung melalui platform atas talian yang dikendalikan oleh NASASpaceFlight.com.
Menurut Agensi Anadolou, syarikat-syarikat roket kebiasaannya bertindak mengosongkan tapak pelancaran terlebih dahulu sebelum sebarang ujian skala besar diadakan.
“Semua kakitangan kami telah dikesan dan berada dalam keadaan selamat. Ketika ini, masih terlalu awal untuk mengetahui punca sebenar kejadian, tetapi kami sedang berusaha mengenal pasti apa yang berlaku.
“Hari ini adalah hari yang amat sukar, namun kami akan kembali membina semula apa yang perlu dibina dan kembali terbang. Ia sangat berbaloi,” kata Bezos menerusi platform X.
Blue Origin dilapor meletakkan sasaran untuk meluncurkan roket pengangkut berat itu sebanyak 12 kali pada tahun ini.
Malah, roket tersebut juga dijangka memainkan peranan penting dalam program Artemis NASA, iaitu program angkasa lepas yang mampunyai misi untuk membawa semula angkasawan ke Bulan.
Mengenai New Glenn
Menurut lawan web Blue Origin, New Glenn, roket yang dinamakan sempena angkawasan perintis Amerika Syarikat, John Glenn, dikuasakan oleh 7 enjin BE-4 dan menggunakan oksigen cecair dan gas asli cecair sebagai bahan bakar.
Setiap enjin BE-4 itu menghasilkan daya tujahan sebesar 640,000 paun. Roket peringkat pertama ini direka untuk diguna berulang kali untuk sekurang-kurangnya sehingga 25 penerbangan.
Blue Origin turut memaklumkan dua daripaa tujuh enjin BE-4 itu pernah digunakan dalam roket peringkat pertama, Vulcan milik United Launch Alliance.
Dengan beroperasi seperti pesawat komersial dan menggunakan bahan api yang lebih bersih, New Glenn disasarkan untuk menawarkan kaedah penghantaran muatan ke angkasa paling kurang membazir dan lebih menjimatkan kos.