Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan Sumbang 25,000 Set PPE Untuk “Frontliner” COVID-19

Bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan menyumbangkan sebanyak 25,000 kit alat perlindungan peribadi (PPE) untuk petugas kesihatan barisan hadapan di negeri barat Maharashtra.

Aktor berusia 54 tahun itu dalam satu laporan pada bulan lepas mengumumkan beberapa inisiatif dalam membantu mencegah penularan virus di India, termasuklah menyediakan makanan percuma dan menawarkan ruang pejabat empat tingkatnya digunakan untuk rawatan pesakit COVID-19.

Selain itu, menurut laporan Hindustan Times, usahanya itu mendapat pujian daripada Menteri Kesihatan Awam & Kebajikan Keluarga, Rajesh Tope yang berterima kasih dengannya melalui Twitter.

Bintang Bollywood. Shah Rukh Khan. Gambar: Google

Aktor itu turut membalas kenyataan tersebut dengan berkata,

Selain itu, Shah Rukh Khan juga terlibat dalam usaha menyampaikan kesedaran awam.

Pada 18 April, beliau akan menyertai beberapa artis dari seluruh dunia bagi rancangan khas siaran televisyen dunia yang dibawakan oleh bintang pop, Lady Gaga untuk memberi sokongan kepada petugas kesihatan barisan hadapan yang berjuang melawan pandemik COVID-19.

Konsert maya ‘Called One World Together At Home’ yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama Pertubuhan Advokasi Antarabangsa Global Citizen itu akan disiarkan pada 18 April dan turut akan menampilkan perkongsian pengalaman sebenar daripada doktor, jururawat dan keluarga yang terlibat dalam pandemik tersebut.

Gambar: Google

Sumber: BBC, Hindustan Times, Twitter