Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Setiap kali musim Raya, satu perkara yang sering jadi cabaran bila sanak saudara berkumpul di rumah ialah panas.
Dengan rumah yang penuh tetamu, dapur sentiasa ‘hidup’, dan cuaca Malaysia yang memang sedia lembap, penyaman udara yang biasa-biasa kadang tak cukup untuk tampung suasana.
Lebih merisaukan, bila guna aircond terlalu lama, bil elektrik pula boleh naik mendadak.
Sebab itu, ramai yang mula mencari penyaman udara yang bukan sahaja sejuk, tapi juga jimat tenaga dan sesuai dengan gaya hidup harian di Malaysia.

Antara perkara utama yang ramai ambil kira sekarang ialah penggunaan elektrik.
Menariknya, Penyaman Udara Inverter Comfee Gusto dilengkapi dengan mod ECO+ yang menggunakan sistem pintar berasaskan AI untuk mengawal penggunaan tenaga.
Hasilnya, ia mampu mengurangkan penggunaan elektrik lebih 30% berbanding mod biasa, tanpa menjejaskan keselesaan.
Maksudnya, walaupun rumah penuh orang dan aircond digunakan lebih lama, pengguna masih boleh rasa sejuk tanpa perlu risau tentang bil elektrik.
Selain itu, fungsi Gear Control (5 tahap kuasa) membolehkan pengguna menyelaraskan tahap sejuk ikut keperluan. Bila bilik dah cukup sejuk, hanya perlu turunkan kuasa untuk kekalkan suhu lebih jimat dan praktikal.

Bayangkan situasi di mana anda baru balik dari solat sunat Aidilfitri atau beraya di rumah saudara, masuk rumah terus rasa sejuk.
Dengan fungsi pintar seperti Location-Based Service (LBS), penyaman udara ini boleh mengesan kedudukan pengguna dan mula menyejukkan rumah sebelum anda tiba.
Selain itu, fungsi Sleep Curve pula sesuai untuk waktu malam, di mana suhu akan diselaraskan secara automatik supaya tidak terlalu sejuk ketika tidur.
Semua ini boleh dikawal melalui aplikasi, menjadikan pengalaman penggunaan lebih mudah dan moden.

Bila ramai berkumpul dalam satu ruang, kualiti udara juga jadi penting.
Comfee Gusto dilengkapi dengan sistem Active Clean+, yang membersihkan unit dalaman melalui proses khas untuk mengurangkan debu, bakteria dan bau.
Selain itu, fungsi AI Humidity Control membantu menstabilkan tahap kelembapan udara, sesuatu yang sangat penting dalam cuaca Malaysia yang lembap, terutama selepas hujan.
Hasilnya, ruang rumah bukan sahaja sejuk, tetapi juga lebih selesa dan segar untuk semua.

Satu lagi perkara penting ialah ketahanan. Penyaman udara ini direka khusus untuk keadaan cuaca Malaysia dengan ciri seperti:
salutan khas anti-karat (Golden Coating)
perlindungan papan litar daripada kelembapan
operasi stabil walaupun voltan tidak menentu
Ini menjadikannya sesuai digunakan sama ada di bandar atau kawasan kampung, terutama ketika musim perayaan di mana penggunaan elektrik biasanya lebih tinggi.
Walaupun ramai mula mencari penyaman udara baharu sempena Raya, hakikatnya ini adalah satu pelaburan jangka panjang untuk keselesaan rumah.
Dengan gabungan penjimatan tenaga, fungsi pintar dan ketahanan, Comfee Gusto bukan sahaja sesuai untuk musim perayaan, malah untuk kegunaan harian sepanjang tahun.
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh rujuk laman web rasmi Comfee Gusto atau lihat di platform rasmi mereka di Shopee.