Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Beruang Matahari Betina Ditangkap Di Kampung Jenang, Marang

Marang: Seekor beruang matahari betina dianggarkan seberat 60 kilogram (kg) berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu di Kampung Jenang di sini pagi tadi.

Pengarah Perhilitan Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusof berkata beruang yang dianggarkan berusia lapan tahun itu ditangkap selepas memasuki perangkap kedua yang dipasang oleh Perhilitan malam tadi.

“Kita telah menerima laporan berkenaan dua ekor beruang (matahari) yang berkeliaran dan merosakkan tanaman seperti kelapa di kampung berkenaan sejak minggu lepas.

“Semalam kita telah berjaya menangkap seekor beruang matahari jantan seberat 70 kg, hari ini pula kira-kira pukul 6 pagi tadi seekor lagi beruang matahari betina berjaya kita tangkap di kawasan yang sama,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

— BERNAMA