Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Bangladesh Bina Banglo Mewah Di Kampung Halaman, Siap Jemput Bos Dari Singapura Datang Melawat

Lelaki Bangladesh

Ada yang sanggup merantau beribu batu demi mengejar sebuah impian yang kadangkala sukar untuk digapai di negara sendiri.

Walaupun terpaksa berjauhan daripada keluarga dan berpenat lelah tanpa henti, mereka tetap cekal meneruskan perjuangan sehingga akhirnya meraih kejayaan yang tidak pernah disangka.

Buktinya, seorang lelaki dari Bangladesh yang telah bekerja di Singapura selama lebih 14 tahun telah membina rumah impiannya di kampung halaman.

Lelaki Bangladesh bina banglo mewah

Lebih bermakna, lelaki yang dikenali sebagai Sumon itu turut menjemput majikannya dari Singapura untuk melawat rumah tersebut.

Menurut Mothership, Sumon mendapat inspirasi membina rumah yang terletak di bandar Cumilla itu berdasarkan hiasan dalaman yang dilihatnya di Singapura.

Kos untuk membina rumah itu ialah kira-kira 25 juta taka Bangladesh (RM825,236).

Menerusi video tular yang kini telah mencapai 5 juta tontonan itu, seorang pencipta kandungan melawat rumah tersebut, yang menampilkan taman landskap di tingkat satu.

Selain itu, rumah tersebut juga mempunyai panel kaca besar yang membolehkan cahaya semula jadi masuk ke ruangan tamu, serta tangga batu yang menuju ke tingkat atas.

Ia juga mempunyai lima bilik mandi, sofa buatan khas dan dapur kecil berhampiran bilik tidur utama, membolehkan keluarga menyediakan teh atau kopi tanpa perlu turun ke tingkat bawah.

Di pintu masuk, Sumon mempamerkan bendera Singapura dan Bangladesh.

Semasa lawatan ke rumah itu, majikannya ditanya pendapat mengenai rumah tersebut.

“Saya fikir ia kawasan yang sangat bagus. Kawasan luar bandar dan terdapat banyak peluang untuk menjalankan aktiviti pertanian di sini

“Jika kamu boleh bina sebuah pusat peranginan di sini, saya rasa ia adalah yang terbaik,” katanya.

Majikan Sumon itu juga berkongsi bahawa ini merupakan kali pertama dia melawat Bangladesh.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan Sumon bekerja dalam bidang apa.

Netizen rata-ratanya memuji rekaan rumah tersebut kerana kelihatan mewah dan menarik.

Intipati
  • Sumon bekerja di Singapura lebih 14 tahun sebelum membina rumah impian di Cumilla.
  • Rumah itu dilaporkan menelan kos kira-kira 25 juta taka Bangladesh, bersamaan RM825,236.
  • Majikannya dari Singapura melawat rumah berkenaan dan memuji kawasan luar bandar tersebut.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan