Penggunaan perkataan unik dan berunsur sastera dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menarik perhatian ramai.
Begitu juga ketika pembentangan Belanjawan 2027 apabila beliau menggunakan beberapa istilah yang mungkin jarang didengari atau digunakan dalam perbualan harian.
Antaranya termasuklah perkataan seperti 'lighad', 'mansang', 'waad' dan 'zeitgeist' yang masing-masing mempunyai maksud tersendiri.

Jadi apa sebenarnya maksud perkataan-perkataan tersebut? Jom kita lihat satu persatu.
Perkataan Unik Digunakan PM Anwar
Lighad - Hari esok
Waad - Janji
Segulai sejalai - Seiring sejalan
Mansang - Mari, pergi, semakin atau maju
Dasawarsa - Tempoh 10 tahun atau satu dekad
Pranata - Institusi, sistem atau aturan
Inayat - Pertolongan, bantuan atau pemberian (daripada Allah SWT)
Zeitgeist - Semangat zaman (bahasa Jerman)
Menerusi pembentangan yang diadakan di Parlimen itu, Anwar mengumumkan pelbagai insentif kepada rakyat.
Kerajaan memperuntukkan lebih RM80 bilion untuk subsidi, bantuan dan insentif tahun depan termasuk subsidi bahan api yang dijangka kekal tinggi pada RM40 bilion dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat hampir RM3.3 bilion.
Antara yang menjadi tumpuan ialah pemberian SARA one-off RM100 kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang Merdeka.
Selain itu, Bantuan Khas Kewangan RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah termasuk lantikan kontrak turut diumumkan.
Manakala RM750 diberikan kepada lebih 1 juta pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
