Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Beberapa Kapal GSF 2.0 Dipintas Tentera Israel, Tujuh Rakyat Malaysia Ditahan
Beberapa kapal konvoi yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 menuju ke Gaza dilaporkan dipintas tentera Israel sebentar tadi.
Menerusi siaran langsung yang dikongsikan oleh Sumud Nusantara Official di Facebook, tujuh rakyat Malaysia dipercayai ditahan selepas empat kapal GSF yang mereka naiki ditahan di perairan Laut Mediterranean.
Dua kapal tersebut dikenal pasti sebagai Cactus dan Furleto dipercayai ditahan ketika dalam perjalanan menghantar bantuan ke Gaza.
Difahamkan, dua rakyat Malaysia berada di atas bot Cactus iaitu Mohammad Shazly dan Ahmad Taufik.
Sementara itu, tiga lagi rakyat Malaysia yang menaiki bot Furleto dikenal pasti sebagai Patmanathan Sivasamy, Muhammad Amirul Afif dan Dr Syakirin
Menurut Sumud Nusantara Official lagi, kapal Amanda yang dinaiki Zainal Rashid Ahmad (ZRA) serta kapal Isobella yang dinaiki Muhamad Muhsin turut dilaporkan dipintas tentera Israel.
Sehingga kini, media masih menunggu laporan rasmi daripada Sumud Nusantara Command Center (SNCC) berhubung perkembangan yang terkini.
