Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Beauty & Fragrance House 2026” Bakal Gegar Putrajaya, Tampilkan Pengalaman Kecantikan Selama 3 Hari

Nur Farra

Acara tahunan KL International Beauty Week (KLIBW) kembali dengan penganjuran “The Beauty & Fragrance House 2026”, sebuah festival kecantikan selama tiga hari yang akan berlangsung dari 8 hingga 10 Mei 2026 di IOI Grand Exhibition & Convention Centre.

Lebih menarik, kemasukan adalah PERCUMA, namun pengunjung perlu membuat pra-pendaftaran tiket menerusi platform Ticket2U.

Selepas kejayaan penganjuran tahun lalu, edisi kali ini tampil dengan konsep lebih besar dan interaktif. “The Beauty & Fragrance House 2026” bukan sekadar pameran, tetapi platform pengalaman yang menggabungkan pelbagai jenama kecantikan dan wangian dalam suasana yang lebih dekat dengan pengunjung.

Sebanyak 50 vendor dijangka mengambil bahagian, melibatkan gabungan jenama tempatan dan antarabangsa dalam kategori seperti perfume, makeup, skincare, kesihatan, wellness dan penjagaan rambut.

Pengunjung bukan sahaja boleh membeli-belah, malah turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik:

  • Fragrance Journal – Kumpul cop daripada 6 booth wangian untuk peluang menang hadiah

  • Flash Deal Hour – Promosi khas setiap jam daripada vendor terpilih

  • Beauty Stage – Pelancaran produk, sesi Q&A dan beauty talk

  • Beauty Games – Claw machine & gashapon (dengan pembelian minimum RM200)

Antara tarikan utama adalah The Highlighter Café yang berkolaborasi bersama HWC Coffee. Di sini, pengunjung boleh berehat sambil menikmati kopi segar yang disediakan sepanjang acara.

Acara ini dijangka menarik lebih 20,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran. Antara jenama yang bakal memeriahkan acara termasuk CYOUNG, Simply Famous Perfume, Scentphoria, House of Amar, Malaya Perfumery dan banyak lagi.

Menurut Pengarah Kreatif KLIBW, Lira Jamaluddin, acara ini bukan sekadar pameran.

“Ia adalah ruang untuk ekspresi diri, keyakinan dan kreativiti. Kami mahu pengunjung datang, explore dan rasa pengalaman kecantikan yang berbeza.”

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi atau ikuti media sosial @KLbeautyweek.