Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bayi Baru Lahir Dilaporkan Masih Bernyawa Setelah Ditemui ‘Tertanam’ Di Sebuah Ladang

Gambar: Daily Star

Seorang bayi yang baru lahir berjaya diselamatkan selepas ditemui ditanam hidup-hidup di sebuah ladang, lapor Daily Star.

Bayi itu telah ditemui oleh seorang buruh yang ternampak sebuah wajah yang terkeluar dari tanah ketika dia sedang bekerja di ladang di Khatima, India pada hari Rabu.

Rakaman menunjukkan lelaki itu bersama penduduk tempatan lain dan polis sedang bertungkus lumus menarik bayi tersebut keluar dari tanah itu bagi menyelamatkannya.

Sejurus selepas berjaya menarik keluar bayi berkenaan, seorang wanita terus mengelap wajahnya yang dipenuhi dengan tanah dan kemudian membalutnya dengan sehelai selendang.

Ajaibnya, selepas bayi tersebut dikejarkan ke sebuah hospital untuk diberikan rawatan, bayi itu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Tidak diketahui bagaiman ianya boleh tertanam di ladang yang terletak berhampiran dengan sempadan negara Nepal.

Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada bayi tersebut adalah lelaki mahu pun perempuan.

Sumber: Daily Star