Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bayar Zakat RM1.8 Juta, Disebalik Fenomena Anggun Cotton Collection, Tersimpan Strategi "Basic" Tapi Jadi

Sofea
Bayar Zakat RM1.8 Juta

Bayar Zakat RM1.8 Juta, Disebalik Fenomena Anggun Cotton Collection, Tersimpan Strategi "Basic" Tapi Jadi

Ramai yang suka berniaga kerana ia salah satu sunnah Rasulullah SAW, selain boleh menjana pendapatan yang lumayan. Namun, tak semua orang boleh mengekalkan perniagaan dalam tempoh yang lama dan dapat menyumbang kembali kepada masyarakat.

Hakikatnya, setiap kejayaan dalam perniagaan pastinya tak datang dengan mudah. Cabaran, liku-liku dan onak duri perlu ditempuhi terlebih dahulu untuk sampai ke tahap itu.

Selain itu, sesebuah perniagaan juga perlu ada strategi yang tersendiri, terutama apabila melibatkan industri fesyen atau pakaian yang sentiasa berubah ikut trend semasa.

Seperti Anggun Cotton Collection, yang terkenal dengan rekaan baju kurung Riau yang kemas serta penggunaan material yang selesa dipakai, jenama ini memenuhi permintaan pelanggan terutamanya bagi wanita yang mempunyai masalah di bahagian pinggul dalam memilih ‘cutting’ baju kurung yang sesuai.

Strategi Anggun Cotton Collection

1. Rekaan baju

Antara strategi yang kita boleh lihat adalah melalui rekaan-rekaan baju baharu yang memukau mata bakal pelanggan. Setiap koleksi yang diperkenalkan akan disesuaikan dengan kehendak semasa, selain kekalkan elemen keselesaan sebagai keutamaan.

Jika baju-baju itu tak ada rekaan atau corak yang menarik, pastinya payah untuk tarik perhatian orang ramai untuk membelinya. Ditambah dengan marketing yang konsisten, belum lancarkan lagi pun orang dah target nak beli.

2. Promosi multi platform

Lebih menarik, jenama pakaian itu kerap tawarkan promosi untuk semua pelanggan terutama dalam sesi live TikTok. Promosi dalam laman web juga tak nak kalah, terutamanya untuk koleksi baju kurung.

Tapi kena cepat-cepat, sebab semua koleksi baju kurung laju sold out.

3. Bayar zakat RM1.8 juta

Pun begitu, sebenarnya perkara penting yang menjadi asbab mereka kekal relevan sehingga kini adalah kerana tak culas bayar zakat. Seperti yang semua tahu, zakat salah satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh umat Islam yang berkemampuan, termasuk golongan usahawan dan peniaga.

Bulan lalu, Anggun Cotton Collection telah bayar zakat perniagaan sebanyak RM1.8 juta, yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, oleh pengarah Anggun Legacy Global Sdn. Bhd, Mohd. Shazrin Yahya.

Mock cheque zakat itu diterima oleh Timbalan Pengerusi MAINS, Tan Sri Datuk Seri Mohd Shahrom Nordin.

Majlis bacaan itu juga disempurnakan dengan bacaan doa oleh Mufti Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Prof Madya Datuk Dr Mohd Faudzinaim Badarudin.

Bayaran zakat dalam jumlah yang besar ini bukan saja mencerminkan kejayaan dalam perniagaan, malah menunjukkan komitmen syarikat dalam memastikan rezeki yang diperoleh turut dikongsi bersama golongan yang memerlukan.

Ini sekali gus menjadi bukti bahawa Anggun Cotton Collection bukan sekadar menjual produk, tetapi turut memberi semula kepada masyarakat.

Langkah ini juga boleh beri inspirasi kepada lebih ramai usahawan untuk tak melupakan tanggungjawab zakat sebagai sebahagian daripada keberkatan dalam perniagaan.