Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bawang Putih Akhirnya Dedah Maksud “S” Dalam Nama Revalina S. Temat
Malaysia suatu dahulu pernah dihiburkan dengan deretan drama dari negara jiran, Indonesia yang dikenali sebagai sinetron.
Puluhan judul pernah disiarkan menerusi pelbagai stesen televisyen tempatan, namun yang paling mencuri tumpuan tentuan drama bertajuk Bawang Putih Bawang Merah.
Drama berkenaan mengisahkan kehidupan Alya (Bawang Putih), seorang gadis yang berasal dari keluarga kaya yang berubah malang selepas ayahnya mengahwini seorang wanita bernama Rika Sumanto.
Wanita berkenaan memiliki seorang anak bernama Siska (Bawang Merah) yang dibawa bersama untuk tinggal bersama keluarga suami barunya.
Tidak lama kemudian, ayah kepada Alya meninggal dunia dan kehidupan gadis kaya tersebut bertukar menjadi tragedi apabila dilayan tidak ubah seperti hamba di rumah sendiri oleh Siska serta ibunya.
Dalam drama berkenaan, Alya dilakonkan oleh Revalina S. Temat, watak Siska pula dijayakan oleh Nia Ramadhani, manakala watak Rika Sumanto digalas oleh Helsi Helinda.
Populariti yang diraih menerusi drama yang mempunyai lebih daripada 100 episod itu membuatkan ketiga-tiga pelakon berkenaan terus diingati hingga sekarang, walaupun drama berkenaan ditayangkan sekitar tahun 2004 hingga 2006.
Baru-baru ini, Revalina S. Temat menjadi tular di media sosial apabila tampil mendedahkan maksud “S” pada namanya menerusi satu hantaran di platform TikTok.
Menurut Revalina S. Temat, beliau mengambil peluang untuk berkongsi tentang perkara itu bagi menjawab satu persoalan yang ditinggalkan oleh salah seorang peminatnya.
“Revalina S. Temat. S itu maksudnya apa, ramai yang bertanya,” kata Revalina S. Temat di awal video berkenaan.
Menurutnya, S yang ada pada nama tersebut sebenarnya merujuk kepada nama ayahnya.
“S itu adalah nama ayah saya. Sayuti Temat. Nama asal saya Revalina sahaja, tetapi ada nama belakang yang lain.
“Namun, saya lebih dikenali dengan Revalina S. Temat atau Revalina Sayuti Temat,” katanya.
Perkongsian tersebut pantas menjadi viral dan menuai pelbagai komen daripada para pengikutnya.
Rata-rata mengakui bahawa itulah pertama kali mereka mendengar dan mengetahui maksud S pada nama pelakon wanita tersebut.