Bila bercakap tentang kasih seorang ayah, tidak semua bernasib baik dan merasakan nikmatnya.
Namun bagi sesetengah orang, adakalanya mereka diberikan peluang kedua untuk merasai nikmatnya kasih seorang ayah.
Begitulah kisahnya @miyalovedubaikciwikuki, yang berkongsi rasa terharu apabila bapa tirinya membelikan hadiah buat dirinya.
Dalam satu hantaran di Threads, @miyalovedubaikciwikuki berkongsi dia telah menitiskan air mata selepas menerima hadiah fon kepala (headphone) daripada bapa tirinya.
Wanita Tak Sangka Terima Hadiah Dari Bapa Tiri

Menurutnya, sebelum ini, bapa tirinya itu telah membeli headphone baharu di kedai MR.DIY untuk dirinya dan @miyalovedubaikciwikuki telah mencubanya.
@miyalovedubaikciwikuki kemudian memuji kualiti bunyi headphone berkenaan, namun tidak meminta bapa tirinya untuk memberikan headphone tersebut kepadanya.
Namun begitu, baru-baru ini, ketika @miyalovedubaikciwikuki dan bapa tirinya keluar bersama-sama membeli barangan rumah, bapa tirinya memasuki kedai MR.DIY hanya untuk membelikan @miyalovedubaikciwikuki headphone sama.
“Kaya dalam hidup hari ini sebab bapa tiri aku buat aku menangis. Haritu dia beli headphone kat MR.DIY, lepastu aku cuba la. Aku kata 'best la ayah, sound dia pun okay'.
“Tadi singgah beli barang rumah. Lepas bayar ingatkan dia nak pergi kereta, rupanya dia pergi MR.DIY sebelah. Pergi tempat headphone ni dan belikan untuk aku.
“Lepas 18 tahun baru aku faham apa itu nikmat kasih seorang ayah. Sayang ayah dan mana,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya mengakui tersentuh membaca kisah @miyalovedubaikciwikuki, malah ada yang turut berkongsi pengalaman manis bersama bapa tiri masing-masing.





Walaupun hadiahnya mungkin nampak kecil bagi sesetengah orang, namun jika ia cukup bermakna bagi yang menerimanya, hadiah itu sudah tentu lebih besar nilai.

