Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bapa Erysha Emyra Meninggal Dunia

Sofea
Bapa Erysha Emyra
Kredit: Naveer Mihshon/ Erysha Emyra

Bapa Erysha Emyra Meninggal Dunia

Bapa kepada pelakon Erysha Emyra, Datuk Zakaria Abdul Rahman telah meninggal dunia pada petang Jumaat.

Berita duka itu dimaklumkan oleh abang Erysha yang dikenali sebagai Naveer Mihshon di Instagram miliknya.

"Salam semua. Ayah saya Datuk Zakaria Abdul Rahman baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya pada petang tadi.

"Jenazah akan dibawa ke rumah kediaman almarhum di Kemensah Heights," katanya.

Ujarnya lagi, jenazah akan disolatkan selepas solat Subuh esok (Sabtu).

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kemensah sekitar jam 9 pagi.

Terdahulu, Allahyarham berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU).

Erysha turut meminta agar orang ramai mendoakan bapanya.

Sumber:Instagram