Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Banjir Kilat Di Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Susulan Hujan Lebat

BERNAMA
banjir kilat
Kredit: Bernama

Banjir Kilat Di Beberapa Kawasan Di Lembah Klang Susulan Hujan Lebat

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Hujan lebat sejak 4 petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Lembah Klang mengalami banjir kilat sehingga menghalang aliran lalu lintas.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian banjir kilat di Kilometer 48.0 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dari arah Kinrara ke Awan Besar sehingga menyebabkan trafik sesak sejauh empat kilometer sejak 4.27 petang tadi.

Beliau memaklumkan kejadian banjir kilat turut dilaporkan di Kuchai Link ke Lebuhraya Pantai Baru dan KM18.9 arah Maju Jaya menyebabkan aliran trafik perlahan dan satu lorong dinaiki air.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima laporan kejadian banjir kilat di kawasan medan selera Jalan 51a/223 Seksyen 51A, Petaling Jaya pada 4.15 petang tadi.

“Banjir kilat di kawasan medan selera itu dianggarkan 121 sentimeter dan terdapat beberapa kenderaan tenggelam di kawasan tempat letak kereta.

“Tiada pemindahan dilakukan dan paras air semakin surut,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

Sumber:BERNAMA