Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

AXE Malaysia kini memasuki era baharu dengan pelancaran AXE Fine Fragrance Collection, satu pembaharuan berani untuk generasi masa kini yang melihat haruman bukan sekadar pelengkap, tetapi sebahagian daripada identiti diri.
Direka khas untuk rakyat Malaysia, pelancaran ini dipacu dengan kempen #BerAXEsiDenganPenuhKeyakinan, yang mengajak generasi baharu tampil dengan lebih yakin, bebas mengekspresikan diri dan memiliki ‘aura’ tersendiri.
Menerajui fasa baharu ini ialah artis tempatan terkenal, Mierul Aiman, sebagai duta jenama AXE. Dikenali dengan pengaruh yang semakin meningkat serta gaya bersahaja, Mierul mewakili generasi yang mendefinisikan keyakinan mengikut acuan sendiri. Kempen ini turut menampilkan kolaborasi bersama rapper tempatan, MK K-Clique, yang menghasilkan dan mempersembahkan lagu rasmi AXE, lengkap dengan muzik video sinematik yang menggambarkan ‘aura’ koleksi ini.
Menterjemahkan ‘aura’ tersebut ke dalam kegunaan harian, AXE Fine Fragrance Collection dibangunkan oleh perfumer bertaraf dunia untuk memberikan pengalaman haruman yang lebih eksklusif. Dilengkapi dengan teknologi X2 Odour Busting Technology*, rangkaian ini menawarkan kesegaran sehingga 72 jam*, sesuai untuk gaya hidup aktif sepanjang hari dan malam.
Koleksi ini hadir dengan tiga varian utama:
Blue Lavender – Gabungan lavender, pudina dan amber yang memberikan kesegaran floral yang tenang tetapi penuh keyakinan.
Aqua Bergamot – Bauan bergamot segar dipadankan dengan sage dan juniper untuk aroma yang menyegarkan dan bertenaga.
Black Vanilla – Campuran vanilla, oren dan sandalwood yang hangat dan sofistikated, seimbang antara manis dan mendalam.
Setiap varian direka untuk melengkapkan pelbagai mood dan situasi, menjadikan haruman sebahagian penting dalam penampilan harian lelaki moden.
“Di AXE, kami menghasilkan haruman yang selari dengan cara generasi ini mengekspresikan diri, yakin, berani dan autentik. Fine Fragrance Collection membawa pengalaman premium ke dalam kehidupan seharian tanpa harga yang mahal,” kata Farhana Mohd Nasir, Pengarah Pemasaran & Perancangan Strategi Pelanggan, Unilever Malaysia.
AXE Fine Fragrance Collection kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya dan kedai kesihatan & kecantikan terpilih. Untuk maklumat lanjut, layari Instagram rasmi AXE Malaysia.