Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Awasi Anak Anda Ketika Bermain,” Doktor Ini Kongsi Detik Cemas, Kanak-kanak 5 Tahun Tertelan Cangkuk Pancing Mainan

Gambar: Dr Mohd Shaiful Nizam
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Setiap ibu bapa inginkan kebahagiaan anak-anak mereka terutamanya sekali sewaktu kecil. Teringat zaman kecil-kecil dahulu, ibu bapa kita selalu belikan mainan kesukaan kita.

Tapi, sedarkah anda sebagai ibu bapa, anda seharusnya berwaspada dan elakkan membeli permainan yang berbahaya, berisiko tertelan. Terutamanya mainan yang bersaiz kecil dan mudah untuk dimasukkan ke dalam mulut.

Ikuti kisah Dr Mohd Saiful mengenai pengalamannya mengeluarkan Foreign Body (FB) daripada seorang pesakit kanak-kanak berumur 5 tahun tertelan mainan. Perkara ini berlaku tanpa pengawalan ibu bapa kerana mereka juga tidak menyangka ia boleh tertelan.

Menurut Dr Saiful, kedudukan FB hanya tersekat pada saluran pemakanan iaitu di bahagian esophagus, nasib baik tidak memasuki saluran pernafasan. Ia selamat dikeluarkan walaupun mainan ini bentuk bercangkuk.

Gambar di bawah menunjukkan bagaimana bentuk mainan sebelum dan selepas dikeluarkan, ianya seperti bentuk pancing ikan kanak-kanak.

Nasihat kepada ibu bapa, walau sesibuk manapun anda, cubalah luangkan masa bersama untuk bermain dengan anak-anak anda. Janganlah biarkan mereka bermain bersendirian kerana malang tidak berbau.

Semoga perkongsian ini dapat menyedarkan dan memberikan sedikit info kepada semua.

Sumber: Dr Mohd Shaiful Nizam