Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Auto Bavaria berbangga untuk melancarkan Auto Bavaria MINI EXPO 2026 yang diadakan buat julung kalinya dari 13 hingga 17 Mei 2026 di Aras Bawah, ruang LUXE Pusat Beli-Belah 1 Utama, menghidupkan semangat jati MINI menerusi pameran bandar yang menarik lagi bertenaga.
Para pengunjung dijemput untuk bertemu dengan ahli-ahli Keluarga MINI semuanya di satu tempat, menampilkan kenderaan menyerlah dan mencuit hati yang diwarnai personaliti tersendiri. Ekspo tersebut memperagakan model-model MINI terbaharu, termasuk dua MINI Classic yang menawan.

Antara model yang dipamerkan termasuk MINI Cooper SE, MINI JCW Electric, MINI Aceman, MINI JCW Aceman dan MINI Convertible yang sungguh bergaya. Sementara itu, kereta Edisi Khas yang diketengahkan termasuk MINI JCW GP Edisi Inspirasi, MINI Cooper SE Edisi Paul Smiths dan MINI Countryman Shadowline Edisi Terhad.
Pengunjung boleh mencuba sendiri pengalaman memandu unik MINI dengan memandu uji model pilihan masing-masing untuk meneroka ketangkasan, kuasa dan keseronokan memandu yang memang dikaitkan dengan jenama ini.

Auto Bavaria MINI EXPO 2026 meraikan semangat gaya hidup bandar bertenaga jenama yang ikonik, berwarna-warni, ceria tetapi sungguh berkuasa. Acara ini menzahirkan gabungan unik ekspresi reka bentuk dan prestasi tersendiri MINI dalam suasana yang menarik perhatian dan penglibatan.
“Memaparkan segalanya tentang MINI, Auto Bavaria MINI EXPO 2026 meraikan ciri tersendiri, keseronokan memandu dan gaya hidup menarik yang dilambangkan oleh jenama. Menerusi acara ini, kami ingin mendekatkan lagi pengalaman jenama MINI dengan rakyat Malaysia, membolehkan mereka meninjau personalitinya dengan cara yang bermakna."

"Sebagai pengedar sah MINI yang terbesar di negara ini, Auto Bavaria tetap komited untuk menyokong pertumbuhan jenama MINI dan industri pengangkutan premium di Malaysia dengan membawakan pengalaman hebat di luar skop jualan dan perkhidmatan lepas jualan,” kata Wong Loke Win, Ketua Operasi di Auto Bavaria.
Para pengunjung juga boleh menikmati harga dan rebat eksklusif sempena ekspo daripada Auto Bavaria, termasuk hadiah percuma seperti fon kepala Sony dan kamera Leica edisi khas dengan pembelian MINI pilihan mereka.

Cenderahati koleksi MINI edisi terhad juga disediakan, di samping sudut suai pamer Instagram untuk membolehkan peminat merakamkan dan berkongsi kenangan manis bersama MINI.
Berbekalkan warisan sebagai pemenang pelbagai anugerah selama 14 tahun berturut-turut, Auto Bavaria memang terkenal dengan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

Malah pelanggan boleh mendapatkan sokongan terbaik di mana-mana bilik pameran dan pusat servis MINI di seluruh negara, yang terletak di Ara Damansara, Kuala Lumpur, Balakong, Pulau Pinang dan Tebrau.
Datang dan alami sendiri semangat jati MINI, hanya di Auto Bavaria MINI EXPO 2026.