Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

APMM Perak Tahan Bot Nelayan Indonesia, Ceroboh Perairan Negara

Iqbal Yasir
Bot Nelayan Indonesia
Kredit: APMM

APMM Perak Tahan Bot Nelayan Indonesia, Ceroboh Perairan Negara

LUMUT -- Sebuah Vesel Nelayan Asing Indonesia (VNAI) yang disyaki melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan negara ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Perak.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Mohamad Shukri Khoto berkata, bot berkenaan ditahan sekitar jam 2.32 petang dalam satu operasi penguatkuasaan di kedudukan lebih kurang 15 batu nautika utara Pulau Jarak semalam.

Bot Nelayan Indonesia Ceroboh Perairan Negara

“Hasil pemeriksaan mendapati, vesel jenis tradisional itu dikendalikan oleh empat kru termasuk tekong, kesemuanya warga Indonesia berumur lingkungan 20 hingga 34 tahun,” katanya.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati bot berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dalam perairan Malaysia tanpa permit yang sah selain turut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

"Kesemua kru, vesel, peralatan menangkap ikan serta hasil laut yang dianggarkan bernilai lebih RM2 juta telah ditahan dan diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh untuk siasatan lanjut.

"Maritim Negeri Perak akan terus mempergiat rondaan dan operasi penguatkuasaan bagi membanteras pencerobohan vesel nelayan asing yang bukan sahaja melanggar undang-undang negara, malah menjejaskan sumber perikanan tempatan serta keselamatan perairan negara,” tambah beliau.

Beliau turut menasihati komuniti maritim supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak di talian 05-683 8737 bagi membolehkan tindakan segera diambil.