Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anugerah Grab 5-Star Eats 2025 Raikan Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia Berdasarkan Pilihan Pengguna

GRAB

Anugerah Grab 5-Star Eats 2025 Raikan Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia Berdasarkan Pilihan Pengguna

Anugerah Grab 5-Star Eats 2025 kembali sebagai acara tahunan yang mengiktiraf restoran dan perniagaan makanan yang sentiasa menjadi pilihan serta mendapat kepercayaan rakyat Malaysia.

Dikuasakan sepenuhnya oleh suara rakyat, anugerah ini berpandukan jutaan penilaian dan ulasan sebenar daripada pengguna Grab setiap hari di seluruh negara. Ia menonjolkan bagaimana pengalaman menjamu selera harian serta maklum balas pengguna memainkan peranan penting dalam mengenal pasti kedai makan yang paling digemari di kalangan rakyat Malaysia.

Anugerah tahun ini membawa makna yang lebih besar seiring dengan kempen Visit Malaysia 2026 yang sedang berlangsung. Melalui Panduan Makanan 5-Star Eats, Grab berharap dapat memudahkan pelancong antarabangsa serta pengguna harian untuk menemui serta menyokong kedai makan kegemaran tempatan di seluruh negara.

Inisiatif dan kerjasama seperti ini membantu peniaga kecil tempatan menjangkau khalayak yang lebih luas, meraih pengiktirafan sewajarnya, dan mengangkat mereka sebagai duta kulinari Malaysia yang sebenar.

"Membantu rakan peniaga kami berkembang merupakan teras kepada segala yang kami lakukan. Grab berhasrat untuk menjadi platform utama bagi perniagaan makanan di seluruh negara dengan menawarkan pertumbuhan yang holistik dan dipacu teknologi merangkumi penghantaran, makan di restoran, serta kebolehcarian digital. Melalui penyediaan maklumat mendalam berasaskan data dan peralatan digital, kami membantu kedai makan kegemaran tempatan memperkukuh kepercayaan pelanggan serta menjangkau khalayak baharu. Anugerah Grab 5-Star Eats 2025 mencerminkan komitmen ini dengan jelas, apabila kejayaan rakan peniaga kami didorong secara langsung oleh suara pelanggan sebenar dan pengalaman menjamu selera harian," kata Tan Jiong Jian, Pengarah Komersial dan Penghantaran, Grab Malaysia.

Anugerah tahun ini memperlihatkan peningkatan ketara dalam penglibatan pengguna serta pertumbuhan rakan peniaga di seluruh Malaysia. Dikuasakan sepenuhnya oleh suara rakyat, Grab telah memperluaskan kategori anugerah sebanyak 54%, sekali gus membolehkan platform ini meraikan peningkatan 91% dalam jumlah jenama tempatan yang menang, hampir menggandakan bilangan rakan peniaga yang diiktiraf berbanding tahun sebelumnya. Momentum ini dipacu oleh komuniti makanan Malaysia yang penuh bersemangat; jumlah penyertaan pengundi meningkat sebanyak 45%, manakala bilangan peminat makanan yang mengundi finalis turut mencatatkan peningkatan sebanyak 59%.

Meraikan Pengalaman Makan Terbaik, Dalam Talian dan Luar Talian

Tahun ini juga menandakan pengenalan Kategori Grab Dine Out (Makan di Luar), yang memperluaskan pengiktirafan melangkaui penghantaran bagi meraikan pengalaman terbaik semasa makan di restoran merentas industri restoran Malaysia. Program anugerah yang diperluaskan ini mencerminkan perubahan tingkah laku pengguna serta pelbagai cara rakyat Malaysia kini menemui, menikmati dan menyokong perniagaan makanan kegemaran mereka, sama ada melalui penghantaran mahupun makan di luar.

Menampilkan 17 kategori yang pelbagai, termasuk Crowd’s Favourite Best Malaysian Food (Hidangan Malaysia Terbaik Kegemaran Ramai), Budget-Friendly Favourites (Hidangan Kegemaran Mesra Bajet), dan Best of the Best (Terbaik antara yang Terbaik), anugerah tahun ini mengiktiraf jenama tempatan dan hidangan kegemaran rakyat Malaysia, seperti Lieniey Nasi Kerabu Tumis, S.A Bamboo Curry House dan Grill Fish atas sumbangan kulinari mereka yang cemerlang. Turut diperkenalkan pada tahun ini bagi meraikan dan mengiktiraf peniaga yang berjaya menarik perhatian pengguna, anugerah Top Searched Restaurants (Restoran Paling Banyak Carian) 2025 telah dimenangi oleh Nasi Ayam Gepuk Top Global dan Oriental Kopi.

Skop kulinari yang luas dalam kalangan pemenang tahun ini mencerminkan kepelbagaian landskap makanan Malaysia, merangkumi makanan tempatan yang digemari ramai, hidangan antarabangsa serta konsep makan baharu yang sedang berkembang. Pengenalan kategori Grab Dine Out turut mengiktiraf rakan peniaga yang secara konsisten memberikan pengalaman makan di premis yang cemerlang, sekali gus menonjolkan kecemerlangan sama ada dalam talian mahupun luar talian.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Anugerah Grab 5-Star Eats 2025 dan rakan peniaga yang menang, sila layari https://www.grab.com/my/grab-5-star-eats-awards-2025/