Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

ANSARA Anjurkan Himpunan Kita Gen MARA Sempena Sambutan Hari MARA Ke-60 Tahun

Aina Munirah
Himpunan Kita Gen MARA
Kredit: ANSARA Malaysia

ANSARA Anjurkan Himpunan Kita Gen MARA Sempena Sambutan Hari MARA Ke-60 Tahun

Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA Malaysia) menganjurkan satu himpunan, Kita Gen Mara sempena Sambutan Hari Mara ke-60 pada 5 Mei 2026 di Dewan Merdeka, WTC KL.

Himpunan ini merupakan sebuah manifestasi penyatuan kekuatan profesional yang diterajui oleh ANSARA.

Sebagai badan induk yang menaungi ratusan ribu alumni MRSM di seluruh negara, ANSARA mengambil tanggungjawab mandat ini untuk menghimpun kepakaran golongan teknokrat, usahawan, dan profesional yang telah dilahirkan melalui ekosistem MARA, sama ada dari MRSM, institusi pengajian MARA, mahupun tajaan pendidikan MARA.

Berbeza dengan program formal biasa, kali ini, himpunan tersebut akan dilakukan secara Unplugged. Tujuannya adalah untuk memastikan program tetap santai namun berisi bagi membolehkan dialog dua hala yang jujur antara kepimpinan tertinggi negara dengan penggerak ekonomi masa hadapan.

"Ia adalah ruang untuk menyatukan semula tenaga pakar yang lahir daripada 'rahim' MARA demi menyumbang bakti kepada agenda pembangunan negara," kongsi ANSARA lagi.

Himpunan ini juga menyasarkan kehadiran dari alumni teknokrat dan Profesional ANSARA Malaysia, pelajar IPT dan IPMa, pendidik dan pengurusan tertinggi MARA serta komuniti usahawan dan IKS alumni.

"Sesi Unplugged ini bukan sekadar majlis pertemuan, tetapi merupakan platform advokasi di mana ANSARA berperanan sebagai pemudah cara antara akar umbi profesional, termasuk Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi," kongsi ANSARA.

Lima Objektif Strategik

Program ini juga mempunyai lima objektif strategik. Antaranya:

  1. Menyatukan Kekuatan Teknokrat

Mengumpulkan modal insan mahir dalam pelbagai bidang profesional (kejuruteraan, perubatan, teknologi digital, kewangan) untuk membentuk satu blok sokongan intelektual yang padu.

  1. Dialog Aspirasi Strategik

Program ini dijangka memberi peluang kepada Gen MARA untuk mendengar secara terus hala tuju Kerajaan MADANI, di samping menyalurkan input profesional terhadap dasar-dasar semasa.

  1. Memperkasa Networking Profesional

Mengukuhkan rantaian hubungan antara alumni MARA (menerusi pangkalan data ANSARA) untuk kolaborasi rentas industri yang mampu memacu ekonomi bumiputera.

  1. Solidariti Gen MARA

Ia juga bertujuan menunjukkan dukungan padu komuniti profesional di bawah naungan ANSARA terhadap usaha-usaha kerajaan dalam membangunkan bakat tempatan dan kestabilan negara.

  1. Kelestarian Ekosistem MARA

Program ini dijangka akan memastikan kesinambungan hubungan antara alumni dengan institusi MARA, agar kepakaran alumni dapat disalurkan semula dalam bentuk bimbingan (mentorship) dan peluang kerjaya kepada generasi baru.

4 Agenda Utama

  1. Pertandingan Pidato Jemputan ANSARA-IPTIPMa Piala Timbalan Perdana Menteri

Pertandingan ini direka sebagai simbolik penyerahan obor perjuangan.

Dengan menggabungkan peserta daripada ANSARA (Alumni), IPT (Institusi Pengajian Tinggi), dan IPMa (Institusi Pendidikan MARA), ia mewujudkan kesinambungan pemikiran.

Mengangkat tema 'Menggalas Amanah, Melakar Sejarah' secara rasmi menyelaraskan program ini dengan sambutan nasional 60 Tahun MARA.

Melalui pidato ini, peserta dicabar untuk menterjemahkan hala tuju Kerajaan dan aspirasi 60 Tahun MARA ke dalam bentuk hujah yang bernas. Ini bukan sekadar pertandingan seni suara, tetapi merupakan proses mengetengahkan aspirasi anak muda secara berhemah dan intelektual.

  1. Dialog Eksklusif Unplugged Bersama TPM

Sesi interaksi dua hala ini dirangka bukan sekadar sebagai pertemuan santai, tetapi sebagai sebuah platform sinkronisasi.

Ia bertujuan untuk memastikan golongan teknokrat dan professional yang telah menerima pelaburan pendidikan daripada MARA, memahami secara mendalam instrumen dan hala tuju Kerajaan.

Ini membolehkan mereka menyelaraskan kepakaran masing-masing dengan keperluan kritikal kerajaan untuk melonjakkan daya saing Malaysia di peringkat global.

  1. Pelancaran Skuad ANSARA

Pengenalan badan sukarelawan rasmi di bawah naungan ANSARA Malaysia yang berperanan sebagai tunjang sokongan utama dalam menggerakkan pelbagai program kelolaan ANSARA.

Memandangkan status ANSARA sebagai NGO yang berpaksikan semangat sukarelawan tanpa imbuhan, Skuad ANSARA meluaskan fungsinya melangkaui bantuan misi kemanusiaan semata-mata, merangkumi sokongan teknikal dan operasi bagi menjayakan setiap inisiatif persatuan.

  1. Pra-Pelancaran Karnival Sukan ANSARA 2027

Manifestasi awal ke arah temasya dwi-tahunan yang bukan sekadar pentas persaingan atletik, malah medan keramat yang menyatukan ribuan alumni merentas generasi.

Melalui sukan, kita menyemarakkan gaya hidup sihat sekaligus memperkukuh ukhuwah yang telah terbina puluhan tahun.

"Inilah detik untuk kita kembali berpijak di gelanggang yang sama, mempertautkan kasih sayang, dan membuktikan bahawa semangat ANSARA tidak pernah luntur dek zaman," tulis ANSARA lagi.

Program ini juga diharapkan akan dapat melatih kepimpinan pelapis dengan melahirkan bakat mudar dari IPT dan IPMa yang berani, petah, dan mempunyai pemikiran kritikal selari ii. dengan semangat 'Menggalas Amanah'.

Selain itu, ia juga diharapkan mampu memperkukuh penyelarasan dasar dan industri dengan menghubungkan kerajaan secara terus dengan 'bank pemikiran' teknokrat Bumiputera bagi menyokong Ekonomi MADANI.

Di samping itu, ANSARA juga mengharapkan program ini mampu memberi impak kepada masyarakat melalui penglibatan sukarelawan profesional dalam aktiviti kemanusiaan, di samping mengukuhkan jaringan alumni menerusi inisiatif seperti Karnival Sukan ANSARA bagi memupuk perpaduan, kerjasama dan gaya hidup sihat.