Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anggap Harta Sepencarian, Lelaki Cabut Atap Rumah Selepas Cerai Dengan Isteri

Gambar Via Jatimtimes

Baru-baru ini tular di Indonesia mengenai tindakan seorang lelaki yang mencabut atap rumah bekas isterinya selepas mereka bercerai.

Menurut Suara.com, kejadian yang berlaku di Kecamatan Sampung, Kabupaten Ponorogo itu adalah hasil kata sepakat yang dicapai bagi menyelesaikan isu harta sepencarian mereka selama 10 tahun berkahwin.

Lelaki yang dikenali sebagai Agus itu dikatakan berpisah dengan isterinya, Anjar, setelah wanita itu meminta cerai darinya sekembalinya dari Hong Kong, dia dikatakan bekerja di sana sejak enam bulan yang lalu.

Setelah disahkan bercerai di Mahkamah Agama Ponorogo, mereka terus membincangkan mengenai harta sepencarian itu.

Gambar Via Jatimtimes

“Jadi pihak desa hanya menjadi orang tengah agar perbincangan yang dilakukan oleh Agus dan Anjar menemui kata sepakat,” kata Setiausaha Desa Carangrejo, Juweni.

Tambahnya lagi, mereka tidak mahu berlakunya perselisihan di kemudian hari. Disebabkan itu, kata sepakat dalam mencabut atap rumah itu dicapai tetapi rumah tidak dirobohkan kerana tanah tersebut merupakan milik ibu bapa Anjar.

“Kesepakatan itu juga dibuktikan dengan kenyataan dari kedua-kedua pihak dan disaksikan oleh beberapa orang penduduk serta keluarga Agus dan Anjar,” katanya.

Sumber: Suara.com

BACA: (Video) “Takde Apa Pun,” Pak Nil Cucuk Vaksin Di Usia 59 Tahun Pelik Badan Rasa Lagi Kuat