Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Berita duka itu telah dimaklumkan oleh Politeknik Premier Port Dickson di laman Facebook.
Sharonjit merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Am Politeknik itu.
"Hari ini warga Politeknik Premier Port Dickson amat berdukacita atas pemergian sahabat dan rakan sekerja kami, Sharonjit Kaur Karam Singh, pensyarah di Jabatan Pengajian Am.
"Seluruh warga institusi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang atas kehilangan yang amat perit ini.
"Jasa, dedikasi dan kenangan bersama beliau akan sentiasa terpahat dalam ingatan," katanya.
Mendiang 'pergi' 38 hari selepas bapanya meninggal dunia pada 6 April lalu.
Imbas kembali, Karam Singh yang merupakan bekas wartawan penyiaran terkenal dan ikonik dilaporkan meninggal dunia pada jam 3.30 pagi di kediamannya di Klang.