Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Empat Negeri Petang Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri sehingga jam 5 petang ini.

Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

“Di Kelantan, daerah yang diramal hujan adalah Pasir Puteh, Machang, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat. Manakala di Terengganu hanya di Besut.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Betong, Sarikei, Samarahan (Sebuyau, Simunjan, Gedong dan Asajaya), Kapit (Song dan Kapit), Sri Aman (Lingga, Pantu dan Sri Aman), Miri (Subis, Beluru dan Marudi), Mukah (Tanjung Manis), Sibu (Sibu dan Kanowit), Bintulu, Kuching (Lundu).

“Sementara di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Keningau dan Tambunan),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.



Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 5 petang.
  • Kawasan terlibat meliputi beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.
  • Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti saluran rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan