Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 10 negeri sehingga 6 petang ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran melibatkan seluruh Perlis dan Pulau Pinang.
Selain itu, hujan lebat turut dijangka berlaku di negeri Kedah iaitu di Kuala Muda, Kulim, Bandar Baharu, Baling, Kubang Pasu, Sik, Langkawi dan Padang Terap.
Di Perak, amaran melibatkan daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Selama, Larut Matang, Kerian dan Perak Tengah.
Bagi negeri Kelantan, hanya daerah Kuala Krai, Machang dan Pasir Puteh yang terlibat.
Amaran turut membabitkan beberapa daerah di Terengganu iaitu di Setiu, Besut, Hulu Terengganu dan Dungun.
Begitu juga di kawasan Kuantan, Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut di Pahang.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu juga diramal berlaku di negeri Johor iaitu di Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Kulai dan Batu Pahat.
Beralih ke negeri Sarawak, daerah Mukah, Sibu, Betong, Sarikei, Limbang, Bintulu, Kapit (Song), Miri (Subis dan Marudi) terlibat.
Manakala di Sabah pula membabitkan Kudat, Pantai Barat, Pedalaman (Tambunan, Beaufort dan Sipitang), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan), Tawau (Tawau, Kalabakan dan Semporna).
Amaran Hujan Lebat

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
