Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Hingga Malam Ini

Sofea
Amaran Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata hujan lebat akan melanda seluruh Johor, Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Selain itu, hujan juga akan berlaku di Kedah iaitu di Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Manakala di Perak pula melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Di Terengganu, hujan diramal di daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Bagi negeri Pahang pula, daerah Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin dijangka turut terlibat.

Sementara itu, di Selangor pula memperlihatkan amaran di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Di Negeri Sembilan, Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin diramal terlibat.

Begitu juga di Sarawak, yang membabitkan daerah Kuching, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Subis dan Beluru) dan Limbang.

Manakala, di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.