Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Hujan Lebat Di Enam Negeri

Sofea
Amaran Hujan Lebat
Gambar: ImageFX

Amaran Hujan Lebat Di Enam Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang enam negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran itu melibatkan negeri Kelantan iaitu di Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang.

Di Terengganu pula, amaran turut membabitkan daerah Besut, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Manakala di Pahang pula melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Hujan lebat juga diramal berlaku di daerah Mersing, Johor.

Beralih ke Sarawak, hujan dijangka di Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau) dan Limbang.

Bagi negeri Sabah pula, amaran melibatkan kawasan Sandakan (Telupid dan Kinabatangan).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Sumber:Facebook