Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bila sebut tentang pempengaruh cilik, Muhammad Aniq Redzuan,5, atau lebih dikenali sebagai 'Bang Aji' ini sering mencuri perhatian ramai di media sosial dengan telatahnya yang mencuit hati.
Pun begitu, keluarga Bang Aji mendedahkan sedang melalui ujian berat.
Menerusi satu perkongsian video oleh bapanya, memaklumkan mereka baru sahaja kehilangan cahaya mata perempuan yang diberi nama Kayla (adik Bang Aji) pada 7 Ogos lalu.
Difahamkan, bapanya memberitahu bayi yang baru berusia 49 hari itu meninggal dunia kerana tersedak susu semasa tidur namun tidak mengulasnya dengan lebih lanjut.
Sementara itu, dalam muat naik rakaman memaparkan Bang Aji berkesempatan mendukung Kayla buat kali terakhir sebelum dikebumikan.
Suasana penuh hiba yang dialami keluarga sewaktu proses pengebumian, dengan Bang Aji turut kelihatan membantu proses berkenaan.
Sehari sebelum ini itu, bapanya memuat naik video Bang Aji memberikan susu botol kepada adiknya. Lantaran itu, ramai yang beranggapan salah faham.
Sebaliknya, bapanya tampil menjelaskan situasi sebenarnya, bahawa klip berkenaan dirakam beberapa minggu lalu dan tidak mempunyai kaitan dengan pemergian anak syurga mereka.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan