Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Aktiviti Penggambaran Dibenarkan Selepas Aidilfitri- Ismail Sabri

Gambar:BERNAMA

Menteri Kanan (kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa aktiviti pengambaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) dibenarkan.

“Mesyuarat khas menteri-menteri bersetuju untuk membenarkan aktiviti pengambaran sepanjang tempoh PKPB, walau bagaimanapun tarikh permulaan pengambaran ini adalah selepas hari raya Aidilfitri dan perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM,” katanya.

Antara SOP yang perlu dipatuhi adalah seperti:

  1. Melakukan mesyuarat dan ujibakat secara dalam talian.

  2. Mengemukakan rekod perjalanan semua tenaga produksi dan artis bagi tempoh 4 minggu sebelum penggambaran.

  3. Memastikan tidak lebih 20 orang terlibat dalam setiap sesi penggambaran.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara