Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoalkan tindakan beberapa pihak yang membantah akses kepada pendidikan.
Menerusi satu sidang media, Loke berkata akses pendidikan perlu diperluaskan bukan dinafikan.
"Kerajaan melaksanakan komitmen yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada bulan Januari lalu, iaitu membuka laluan kepada lepasan sistem pendidikan di luar Kementerian Pendidikan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA.
"Bukan sahaja lepasan UEC, malah pemegang Sijil Tahfiz juga diberikan peluang yang sama.
"Halatuju dasar ini sangat jelas, kita mahu menambah akses rakyat Malaysia kepada pendidikan tinggi supaya lebih ramai anak muda mempunyai peluang untuk menyambung pengajian dan membina masa depan yang lebih baik," katanya.
Justeru, beliau mempersoalkan kenapa usaha ini dibantah.
"Adakah memberi peluang pendidikan kepada rakyat juga mahu dibantah? Adakah mereka mahu menafikan hak anak-anak kita untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi?," ujarnya.
Menurutnya lagi, kerajaan mahu melahirkan lebih ramai bakat dan modal insan untuk masa depan negara.
Disebabkan itu kerajaan bersetuju supaya akses pendidikan ini diperluaskan dengan memberi laluan kepada lepasan UEC memasuki universiti tempatan dan pada masa sama membuka peluang yang sama kepada pelajar sekolah Tahfiz.
"Pendidikan bukan alat politik. Pendidikan adalah harapan masa depan negara," katanya lagi.