Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Aichi-Nagoya 2026: Thevendran Buka Akaun Pingat Malaysia

Pingat Malaysia
Kredit: Astro Arena

AICHI, 20 Sept (Bernama) -- Harapan Malaysia untuk membuka akaun pingat pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 tercapai selepas atlet karate lelaki, Thevendran Kaliana Sundram, meraih gangsa dalam acara kumite bawah 55 kilogram (kg), hari ini.

Pada aksi penentuan gangsa di Toyohashi Gymnasium, Thevendran tampil dominan apabila menewaskan wakil Nepal, Rakesh Manandhar, 9-1.

Thevendran mengumpul enam mata menerusi Yuko dan satu Ippon untuk memastikan kemenangan, manakala Rakesh hanya berjaya menghasilkan satu Ippon.

Kejayaan itu menyaksikan Thevendran menghadiahkan pingat pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya berkenaan.


Intipati
  • Thevendran Kaliana Sundram meraih gangsa kumite bawah 55kg lelaki di Toyohashi Gymnasium.
  • Beliau menewaskan wakil Nepal, Rakesh Manandhar, 9-1 dalam aksi penentuan gangsa.
  • Kejayaan Thevendran menghadiahkan pingat pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya berkenaan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan