Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Ada yang suka ada yang tak suka bila harga hartanah semakin meroket ni, yang tak suka tu buatkan ramai jadi risaulah harga rumah naik, macam mana nak beli?
Sebenarnya apakah faktor yang membuatkan nilai hartanah ni semakin meningkat?
Kalau nak diikutkan, ramai memilih untuk memiliki hartanah jenis freehold berbanding leasehold. Ini kerana freehold akan kekal bersama nama si pembeli.
Leasehold pula adalah aset tetap yang mempunyai had masa maksima selama 99 tahun. Habis sahaja tempoh masa ni, kerajaan akan ambil balik hartanah itu, atau kita sebagai si pembeli ni perlu bayar fi untuk kekal duduk di hartanah berkenaan.
Dalam jenis milikan ini, hartanah freehold lebih mahal berbanding leasehold dan ia lebih baik untuk dimiliki daripada sudut peningkatan nilai jangka masa panjang serta jumlah bayaran pajakan lebih besar.
Lokasi sentiasa menjadi elemen terpenting dalam nilai hartanah. Ada beberapa faktor dalam menjadikan lokasi hartanah baik daripada segi nilai, antaranya:
Jarak hartanah dengan sekolah, tempat kerja, pengangkutan awam, hospital dan pusat membeli-belah.
Ada kemudahan sekuriti yang terbaik serta menjaga komuniti. (CCTV, penjaga keselamatan)
Persekitaran semulajadi.

Kemudahan awam seperti LRT, MRT, bas dan teksi menjadi opsyen dan keperluan penting bagi golongan yang tidak berkenderaan. Jarak berjalan kaki juga boleh menambah nilai hartanah.
Pun begitu, jika fasiliti ini terlalu dekat juga menjadi masalah kepada kawasan hartanah; ini akan menyebabkan kepadatan penduduk, bising dan kemungkinan berlakunya jenayah.
Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan, kawasan perumahan yang berdekatan dengan lebuhraya utama akan menjadi mahal berbanding kawasan lain.
Kolam renang, sauna dan taman riadah juga antara bonus tambahan yang menjadikan kawasan itu nilainya meroket tinggi.
Secara ringkas kita tengok kawasan Bandar Sri Sendayan, Seremban yang dulunya dikatakan kawasan ‘sakit’ kerana pernah menjadi sebuah rancangan tanah Felda berkeluasan 2, 023 hektar tapi kini berubah menjadi sebuah bandar satelit kepada Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta pusat komersial yang semakin membangun.
Perubahan ini sekaligus memberi impak kepada nilai hartanah secara mendadak serta menjadikan kawasan ini, antara kawasan termahal.

Terletak 12km dari Seremban, Felda Sendayan yang dibuka pada 1963 bertukar status pada 1986 menjadi kampung tradisi dengan nama Kampung Sendayan yang kemudiannya ditukar nama kepada Bandar Sri Sendayan, menjadi sebuah pusat pembangunan baru yang lebih tersusun yang mengambil kira soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat.


Kediaman ini tidak akan membuatkan penghuninya jemu dengan pemandangan dan landskap yang sejuk mata memandang. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan:
Akses lebuhraya
NSE (North South Expressway)
ELITE Expressway
Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
MEX (Maju Expressway)
Nilai-KLIA Highway
Lebuhraya Damansara-Puchong
SKVE (South Klang Valley Expressway)
Pusat beli-belah
Mydin Hypermarket Seremban 2
AEON Seremban 2
Tesco Extra Seremban 2
NSK Trade City Seremban
Palm Mall

Pusat perubatan
Columbia Asia Hospital
KPJ Seremban Specialist Hospital
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban
Pusat riadah
S2 Hill Park & S2 City Park
Pusat Pendidikan
SMK Felda Sri Sendayan
SJK T Bandar Sri Sendayan
SJK C Tung Hua S2 Heights
SMK Seremban 2
Nilai University
INTI International University
Matrix Global Schools
SJK (C) Bandar Sri Sendayan
SMK Bandar Baru Sri Sendayan




CELYN Bayu Sutera dilengkapi dengan 325 unit rumah jenis storey link homes bersaiz besar, merupakan rumah terbaru berkonsepkan moden oleh Matrix Concepts yang terletak secara strategik di tengah Bandar Sri Sendayan. Daripada segi reka bentuk, CELYN merangkumi gaya seni bina sofistikated dengan kemasan premium pada setiap lantai. Setiap unit juga dilengkapi dengan empat (4) bilik tidur dengan tiga (3) bilik mandi (intermediate & end lots) dan 4 bilik tidur + 4 bilik air bagi corner lots.


Gimnasium
Kolam renang
Gimnasium air
Badminton, Tennis, Squash courts
Cineplex
Ruang kanak-kanak
Bilik membaca
Snooker room


Tambahan lagi, kediaman ini berada didalam kawasan yang selamat dimana penduduk akan berasa tenang kerana sistem keselamatan canggih diperkuat dengan penjagaan kemas pegawai keselamatan dan CCTV.