Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

ABARO Perkenal Tropix HideTech Sneakers Dengan Ciri Penjejak GPS Tersembunyi

Nur Farra

Seiring Malaysia menuju ke arah masyarakat menua, ABARO tampil memperkenalkan satu inovasi praktikal menerusi Tropix HideTech Sneakers, koleksi kasut dewasa pertama jenama itu yang dilengkapi teknologi HideTech bagi membantu penjagaan harian insan tersayang.

Koleksi ini menandakan buat pertama kalinya teknologi HideTech diperkenalkan dalam rangkaian kasut dewasa selepas sebelum ini dikenali menerusi kasut sekolah ABARO. Teknologi tersebut pernah menerima pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records sebagai “Most Innovative Features in a School Shoe”.

Menerusi Tropix HideTech Sneakers, inovasi berkenaan kini disesuaikan untuk kegunaan dewasa melalui rekaan poket tersembunyi yang membolehkan alat penjejak GPS disimpan secara selamat bagi memudahkan ahli keluarga memantau lokasi pengguna apabila diperlukan.

Pengenalan fungsi tersebut dilihat relevan dengan gaya hidup masyarakat masa kini, khususnya apabila semakin ramai rakyat Malaysia perlu mengimbangi tuntutan kerjaya dan tanggungjawab menjaga ibu bapa yang semakin berusia.

Menurut kajian terkini, satu daripada 10 individu berusia 60 tahun ke atas di Malaysia dilaporkan menghidap demensia, sekali gus meningkatkan keperluan terhadap solusi harian yang praktikal bukan sahaja untuk warga emas, malah juga penjaga mereka.

Dalam masa sama, kesedaran terhadap keperluan penjagaan individu autisme dan golongan berkeperluan khas turut semakin meningkat, mendorong lebih ramai keluarga mencari pendekatan yang lebih selamat dan mudah dalam rutin harian.

Ketua Pegawai Operasi ABARO, Kevin Soh berkata, pihaknya melihat sendiri bagaimana teknologi HideTech sebelum ini membantu memberikan ketenangan kepada ibu bapa menerusi koleksi kasut sekolah mereka.

“Kami menerima banyak pertanyaan sama ada ciri ini boleh diperluaskan untuk kegunaan dewasa, khususnya buat ibu bapa yang semakin berusia. Dengan realiti hari ini di mana ramai perlu menggalas tanggungjawab menjaga keluarga, kami percaya inovasi ini mampu membantu mengurangkan kebimbangan harian penjaga dan ahli keluarga,” katanya.

Menurut beliau, ABARO mahu menawarkan sesuatu yang ringkas, praktikal dan selesa untuk kegunaan harian sambil memberikan lebih keyakinan dan ketenangan kepada pengguna.

Selain ciri keselamatan, Tropix HideTech Sneakers turut direka untuk keselesaan penggunaan harian menerusi beberapa fungsi antaranya:

  • Kusyen Comfort Max Pro dengan sokongan lengkungan kaki adaptif

  • Tapak luar getah GripTech untuk cengkaman dan kestabilan lebih baik

  • Tali elastik yang memudahkan pemakaian tanpa perlu diikat

  • Rekaan ringan untuk keselesaan sepanjang hari

Gabungan elemen praktikal dan keselesaan tersebut menjadikan kasut ini sesuai dipakai untuk pelbagai aktiviti harian, sama ada untuk berjalan santai mahupun urusan harian.

Tropix HideTech Sneakers ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu biru, kelabu dan hitam bagi memenuhi gaya harian yang lebih versatil.

Koleksi ini turut diperkenalkan sempena sambutan Hari Ibu Bapa Sedunia sebagai simbol perhatian dan penghargaan terhadap insan tersayang.

Bersempena sambutan tersebut, ABARO menawarkan pakej khas Tropix HideTech Sneakers bersama GP eTag Smart Tracker pada harga RM99 berbanding harga asal RM259. Promosi ini sah sehingga 15 Jun 2026, tertakluk kepada terma dan syarat.

Koleksi tersebut boleh didapati menerusi Shopee serta laman rasmi ABARO Malaysia. Untuk maklumat lanjut, pengguna juga boleh mengikuti ABARO di Facebook dan Instagram.