Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Abang Johari Dijangka Umum Pembubaran DUN Sarawak Petang Ini

KUCHING, 23 Okt (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak petang ini.

Menurut jemputan media dikeluarkan pejabat Premier Sarawak, satu sidang media khas akan diadakan di Kompleks Satria Pertiwi di sini pada 3.30 petang.

Spekulasi mengenai tarikh pembubaran DUN Sarawak hangat diperkatakan sejak beberapa hari lepas, dengan pilihan raya negeri dijangka diadakan dalam masa terdekat.

DUN Sarawak bersidang buat kali terakhir bagi penggal ini pada Rabu lepas, yang turut menyaksikan Belanjawan Sarawak 2027 diluluskan.

Mandat semasa DUN Sarawak yang ketika ini mempunyai 82 kerusi akan berakhir pada Februari 2027.

Pada PRN Sarawak yang diadakan 18 Dis 2021, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui Abang Johari mencatat kemenangan besar dengan meraih 76 daripada 82 kerusi dipertandingan.

Parti Sarawak Bersatu (PSB) memenangi empat kerusi, manakala DAP memperoleh dua kerusi.

Intipati
  • Abang Johari dijangka mengumumkan pembubaran DUN Sarawak dalam sidang media petang ini.
  • Sidang media khas dijadualkan berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi pada 3.30 petang.
  • GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi pada PRN Sarawak Disember 2021.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan