Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan lebat dan ribut petir diramal akan berlaku di sembilan negeri sehingga jam 10 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, hujan lebat dan ribut petir akan melanda di seluruh negeri Kelantan.
Di Perak pula, amaran dikeluarkan di daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.
Seterusnya, untuk Terengganu, amaran turut melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
Beralih ke Pahang, daerah yang diramal dilanda hujan lebat adalah Bentong, Temerlon, Maran, Pekan dan Rompin.
Bagi negeri Selangor, ia hanya membabitkan Hulu Langat. Manakala di Negeri Sembilan pula, ia melibatkan kawasan Jelebu dan Jempol.
MetMalaysia juga menjangkakan beberapa daerah di Johor iaitu Segamat, Kluang dan Mersing akan dilanda hujan lebat.
Manakala di Sarawak pula, ia melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Mukah (Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu dan Miri (Subis).
Di Sabah, hujan lebat diramal akan berlaku di daerah Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," tambah MetMalaysia.